Saturday, October 17, 2020

Buku Conteng: Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah






13578123







Assalamualaikum,Hello Coconuts! Cuya kembali dengan satu review  buku.Macam biasalah,bulan ni Cuya cuma akan membaca cerita yang bergambar untuk mengelakkan Cuya bosan.Kita taknak cerita yang berat-berat buat masa ni. 

Buku kalini adalah daripada penulis kegemaran Cuya sejak dulu iaitu abang Fadhli Hamdan.  Cuya pernah tulis entri untuk buku dia. Boleh baca di bawah ni ya..

Koleksi Tebaik Tahun Conteng2 By Fadhli Hamdan


Abang Fadhli merupakan blogger untuk laman web contengconteng tetapi sayangnya dia telah tutup blog dia.Sedih lak rasa. Cuya suka konsep abang ni yang melukis guna pensel dan kertas.

Bagi yang tidak tahu,watak Jimi dalam buku ini adalah daripada blog abang Fadhli sendiri.Ia mengisahkan Jimi yang mempunya cita-cita untuk mendapat hadiah basikal daripada ayahnya.Syaratnya Jimi perlu dapatkan 5A dalam peperiksaan. Bermacam usaha dia cuba untuk memperbaiki pembelajarannya dan bermacam rintangan dia hadapi.

Kenapa cerita ni berkaitan dengan raksasa misai.Siapakah 'Raksasa Misai' yang diperkatakan itu?
Hah nak tahu kena baca lah..hehehe

Buku ini disertakan dengan lukisan comel oleh abang Fadhli. Cuya memang suka dengan jalan cerita dan lukisan beliau. Beliau merupakan idola Cuya. Dulu Cuya suka conteng atas kertas kecik untuk jadi macam abang Fadhli. Rindu nak baca blog dia...tapi kini Cuya ada hampir ke semua buku dia.

Cuya bercadang untuk tambah lagi koleksi abang Fadhli.Cuya ada jumpa di shopee.Insha Allah ada rezeki lebih,boleh la beli.Heheh


Adios Amigos!


11 comments: