Sunday, May 31, 2020

Segmen Hari Raya by Ummi



Salam Aidilfitri buat semua,
Pantun raya telah tersedia,
Giveaway menarik ada pula,
Ayuh semua join sama.

Raya kalini sendu sekali,
namun hati tetap ku gagahi,
Raya harus berseri-seri,
Biarpun keluarga jauh dari sini.

Hari raya menjelma,
 Sayunya hati jiwa terasa,
Bajunya raya tidak tersedia,
Kuih  tiada tetamu pun sama.

Abangku beri duit raya,
Tapi semua online sahaja,
Walaupun jauh dekat di jiwa,
Salam Raya kuucap buat semua.

Monday, May 18, 2020

RMO SAYA: ORIGAMI 3D MIAO THE CAT



Assalamualaikum,Hello Coconuts! Cuya kembali lagi dengan satu hasil kerja origami 3D.

Kali ni idea nya datang secara rambang,asalnya nak buat pasu ke apa kan,last2 teringat birthday member dah dekat,so ....buatlah satu untuk dia.Walaupun tak dapat nak bagi dia.Cuya harap next sem dapatlah jumpa dia dan classmates lain







Introducing to you,
Miao the Cat!


Cuya buat sebab ada lebihan kertas,
warna ni je yang dah lipat,so Miao ni nampak rare gitu kan?Kekekke🤣🤣


What will be my next project?
Herm..

Assignment melambak,ada hati nak berOrigami lagi.
HAHAHAH

Harap dapat curi masa la buat ><"






SEGMEN : UCAPAN BUAT FONTLINERS COVID-19




Assalamualaikum ,Hello Coconuts!Hari ni Cuya nak join satu segmen yang best.
So,Cuya nak join segmen ni dengan membuat ucapan di bawah. :D



Syair Frontliner Kita

Ciptaan Nasuha Fadzil (Cuya)

Viruslah Covid datang menimpa,
Habis semua sakit melanda,
Nasiblah ada frontliner jaga,
Engkaulah wira engkau permata.

Bersusah payah engkau melawan,
Sambil menangis tersedu sedan,
Berjuang sama rakan dan taulan,
Nyawalah rakyat kau selamatkan.

Aku doakan untuk semua,
Rakyat Malaysia terpelihara,
Dengarlah kata patuh perintah,
Bantu frontliner bersama usaha.

Terimalah kasih duhai perwira,
Engkau berjasa tidak terkira,
Ubati kami setiap nyawa,
Jasamu akan dikenang jua.




Terima kasih frontliner atas jasa kalian.
Kalian lah superhero kami yang terbaik sekali.
Terima kasih semua!

Saturday, May 9, 2020

Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie




Roses are red,
violets are blue,
This segment is so great,
come join too!

💓💓💓💓