Followers

Thursday, September 24, 2020

UNDER 18 NO FEAR KOMPILASI JITU



Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Bulan ni adalah bulan cabaran membaca buat Cuya dan Geng Group Ws buku. Jadi untuk cabaran ni Cuya hanya akan membaca komik memandangkan Cuya banyak haul preloved komik bulan lepas. 

Cabaran bermula pada 15 Sept haritu.Tak banyak komik yang Cuya baca. Termasuk harini 11 buah sahaja. HAHAHA Sadis kan??? Mana tak nya, Cuya asyik berblogging, youtube la..itu inilah...hehehe

Nampak sangat Cuya tak pandai bahagi masa.Tapi 11 buah komik ni lah antara pencapaian terbaik Cuya sebab Cuya dah lama sebenarnya tinggalkan dunia buku. Alhamdulilah, Cuya berhasil juga membaca.
Eh komik bukan muka surat yang berpuluh  ya. Cecah beratus jugak la. Nasib baik Cuya sabar membaca.

So harini Cuya nak review komik Under 18 No Fear Kompilasi Jitu.






Ini adalah kali pertama Cuya membaca karya full Under 18. Dalam komik ni ad beberapa watak. Kisahnya bermula tentang kelab kaunseling. Kelab ni baru ditubuhkan sebab tu takde orang join. Jadi si pengasas A.D ajak la dua ekor budak nakal sekolah iaitu Aken dengan Siv. Diorang dua ni dah macam gangster dah. Asyik pukul orang je. Disebabkan dua orang ni la, ada geng2 lain yang join kelab kaunseling ni. Macam-macam la kisah diorang dalam komik ni.

Sangat menarik untuk dibaca. Nora bagi lima bintang! Hehehe

Buku ni ada 606 mukasurat.Macam kamus dewan gitu. Syok sangat baca. Nila buku pertama Cuya baca untuk cabaran membaca bulan ni.

Okay geng,sampai sini sahaja. Adios Amigos!

4 comments:

  1. UNDER 18 dulu dalam komik Gempakz.. hehe. best jalan cerita dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes! best2...bukan cerita cinta je..tapi nilai persahabatan tu turut diselitkan :)

      Delete
  2. omggg last dulu time skolah follow komik ni, now tak dah.. manga jerrr

    ReplyDelete
  3. wow tebalnyaa. Dulu baca gak komik UNDER 18 ni. Tapi sekarang cam tak baca dah sebarang komik. Rindu gak nak baca komik balik XD

    ReplyDelete