Thursday, August 28, 2025

Kursus Pelbagai Frozen Food, Pembungkusan dan Perlabelan

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

2 hari lepas Cuya dijemput Cikgu Mai untuk berkursus dibawah KEMAS. Disebabkan Cuya berkelapangan, so Cuya pon join.

Kursus ni berlangsung selama 2 hari berturut- turut.

KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK ( KKJP)

KURSUS PELBAGAI FROZEN FOOD, PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN

Anjuran : UNIT PENDIDIKAN KEMAHIRAN (PKEM) KEMAS PARLIMEN JASIN

TARIKH : 26 &27 OGOS 2025 ( SELASA DAN RABU)


Resipi makanan frozen food yang kami buat:

  1. Ubi Getuk
  2. Pulut panggang
  3. Popia big mac
  4. Pepes ayam


Pertama sekali minta maaf kalau gambar tak tersusun. Cuya cuma masukkan sebahagian gambar sahaja.



Pagi Selasa kami ada taklimat tentang pendaftaran bisnes secara Home based daripada pegawai teknologi makanan Puan Yun.


Belajar banyak perkara tentang makanan yang bersih dan selamat.

Perlabelan yang ada di pasaran pon ada maksud tertentu. Misalnya Jus Oren ada peratus tertentu yang perlu ada dalam kandungan jus.

Kalau kita beli aiskrim dan konfeksi ais pon lain tau kandungan creamer dia.
Selama ni semua benda kita panggil aiskrim.

Rupanya tak semua benda kita nampak ' aiskrim ' tu sebenarnya aiskrim. Faham tak? Hahaha




Cuya duduk depan sekali


Resipi pertama ubi getuk.


Nak frozenkan kenalah goreng kejap

 




Bahan- bahan ubi getuk :

1kg ubi kayu
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula
1-2 sudu besar tepung gandum
1sudu garam

Kita campur kan semua uli perlahan lahan.
Tepung letak last 

Tapi masa kami buat, kami guna 6 kg ubi sebab nak buat kuantiti banyak



Terjumpa 2 orang senior sekolah Cuya yang sama batch dengan abang Cuya

Kak Aina dan Kak Nurul




Nampak menyelerakan?






Sesi bergambar



Masak pulut panggang


Resipi pulut panggang



Satu satunya teruna dalam kursus ni.
Tapi makcik dalam kelas panggil dia anak dara. 🤣🤣

Dia tengah layurkan daun pisang



Inti pulut panggang



Next day kitaorang buat popia big mac


Resipi Popia Big Mac


Haritu kelas KEMAS hari Rabu pon Cuya dah belajar buat popia ni. Belajar dengan Cikgu Mai juga





Nak masak inti popia


Ni buat sos popia


Bergambar duluan tanda hadir hehe

Dah siap packing



Seterusnya buat pepes ayam



Resipi Pepes Ayam


Hasil selepas pembalutan pepes ayam




Cuya sedang memerhati dengan serius sebab meja dah penuh. Kita lak tak bawak pisau kuangkuangkuang 😂 


Ariff dengan seriousnya melayurkan daun pisang. Memang tugas hakiki dia. Hahaha



Mak mak sedang merewang.



Hasil selepas semuanya dah siap selama 2 hari.

Dah siap bungkus dan ada label







Cuya selfie dengan salah seorang peserta Hafiza namanya. Student yang mengisi masa lapang.

Yeyy boleh bawa balik frozen food secara percuma.

Cuya dah siap masak dahh



Last but not least, Cuya dapat penghormatan untuk memberi ucapan sebagai wakil peserta.

Kita dah hafal teks ucapan tapi teks ditambah, jadi terpaksa tengok kertas 😂 😂 

Ibu siap cakap, apalah budak degree bagi ucapan tengok teks. Nak wat cane, dah ada penambahan 😝


Alhamdulilah kursus berjalan dengan lancar. Syukur....


So sekarang Cuya cuma pergi kelas KEMAS hari Rabu jela. Macam2 dah masak.
Hari Isnin pon ada kelas KEMAS, tapi Cuya tak join. Dah bagi nama tapi diorang terlepas pandang agaknya.

Kalau tengok entri lama Cuya kan Cuya ada share pergi kelas masakan.

Pape pon Cuya enjoy kursus kalini walaupun penat kaki bagaikan nak tercabut 😂 
Maklumla kerja berdiri saja. Hehe

Moga ada rezeki untuk join lagi.

Till then, adios amigos!

Ps: Kita muda lagi, tapi dah bergaul dengan mak2 orang ingat kita dah tua . 🤣 Layankan jelaa


Baca juga : Masak Ayam Masak Korea kelas KEMAS





23 comments:

  1. Seronoknya Cuya join kelas gini. Banyak boleh belajar. Walaupun bukan untuk buat bisnes, tapi berguna untuk family sendiri - buat kuih dan frozenkan.

    Bagus Cuya boleh bercampur dengan orang lebih tua, fikiran jadi lebih matang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, ada juga yang peserta join ada bisnes sendiri
      Tapi Cuya untuk family sendiri jela hehe

      Seronok bercampur dengan pelbagai orang, dapat tengok dan belajar
      benda baru daripada diorang

      Delete
  2. Bagus join kelas mcm ni...dapat ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah banyak ilmu dapat 😊
      Boleh tengok pelbagai ragam manusia juga hehe

      Delete
  3. Seronok..ilmu baru dapat, kawan baru dapat .makanan pun dapat..mak kak Linda kalau ada kelapangan, join juga kelas² kemas nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah banyak benda dapat..bole untuk isi masa lapang
      Seronok juga tambah ilmu

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulilah seronok... Boleh tahan penat gak
      Hahahahah

      Delete
  5. Wahh.. seronok ni join event mcm ni bertambah ilmu cuyaa.. lepas ni dah boleh open order kuih muih frozen 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah hahahaha..penatlah buat frozen ni
      Lebih baik beli je 😂😂 Buat untuk keluarga sendiri takpelaa

      Delete
  6. Mantappp! nampak sedap pulak frozen food tu hahaha

    ReplyDelete
  7. rajinnya sis cuya! but it is indeed benificial kan! share la lagiii masak-masak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah seronok juga isi masa lapang dengan memasak
      Walaupun penat tapi berbaloi tambah ilmu hehe

      Delete
  8. Wah bestnya.. macam² jenis resepi kuih boleh belajar.. love..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. banyaknya ilmu yang diperoleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah syukur dapat pengalaman dan ilmu

      Delete
  10. cuya boleh dah buat bisnes frozen food. kita sapot nanti! Hahhahaha - mira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...tak larat nak buat bisnes, buat makan sendiri je mampu 😂😂
      Masheh!

      Delete
  11. Wahhh alhamdulillah bagus lah Kemas ada aktiviti macam ni, thanks Cuya kongsikan perjalanan kelas . Baru tahu. Boleh berniaga ni cuya. Saya paling berminat dengan pepes ayam dan popia big mag tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah.. baguskan KEMAS ada buat aktiviti percuma mcm ni
      Beri peluang kepada ramai orang utk belajar
      Cuya paling suka popia bjg mac sebab sedap betul. Huda bole try resipi ni nanti tau

      Delete
  12. Bestnya join kelas mcm nie dpt belajar buat mcm2 jenis kuih😍dpt pulak bergaul and kenal mcm2 org

    ReplyDelete

Followers