Assalamualaikum Hello Coconuts!
Lamanya tidak bersiaran akibat daripada kemalasan yang melanda diri. Cuya sibuk lahhh. Eleh propa je lebihhh
Sibuk apaaa, sibuk bercuti! Yeszaaa
Pada 12/8/2025 bersamaan hari Selasa lepas Cuya pergi bercuti bersama bestie Cuya buat pertama kali! Yaaaa... Ni kali pertama Cuya bercuti bersama sahabat baik Cuya dari zaman Diploma.
Sebenarnya tujuan asal bercuti bukanlah semata untuk bercuti tetapi bagi meraikan bestie Cuya yang bakal bernikah di Kelantan. Tetapi disebabkan kami tak dapat ke Kelantan, maka plan bertukar untuk berjumpa di tempat kerja bakal pengantin.
Ke manakah kita? Kita ke GENTING HIGHLAND!
Cuya tak sangka di usia sekarang Cuya kembali ke genting setelah bertahun tak pergi ke sana. Ni kira kali kedua Cuya jejak ke Genting dan Genting dah berubah wajah!
Jom ikuti perjalan Cuya ke Genting!
Dah beli tiket online daripada Melaka Central ke TBS
Dah lama tak naik bas pergi jauh jauh ni. Seronok!
Cuya bersama 4 bag. Jarang la Cuya tak bawa banyak barang 😂
Luggage Garfield
Bag sandang
Sling bag aliff syukri
Hadiah kahwin bestie
Bersama bestie Cuya , Liza
Sampai TBS dalam 2 jam lebih
Bas kami kul 9, risau Cuya sebab Liza last minute datang Melaka Central.
Nasib baik sempat
Pastu kitaorang singgah makan subway sebab Cuya suka Subway
Pastu singgah I Love Yoo.
Bas dari TBS ke Awana Genting kitaorg book pukul 2.30 ptg
Pastu beli white coffee.
Siap buat reminder dalam phone sebab Liza ada gosip hangat nak cite!
HAHAHAHA
Memang Liza spill habis gosip.Terkejut akakk...hahahaha
Menunggu bas Billion apatah untuk ke Awana Genting
Sampai Genting dalam 1 jam lebih
Tahu tahu dah ada dalam cable car.
Mula mula macam gayat gak sebab first time lepas tu cable car macam laju awal tu.
Lepas tu dah naik banyak kali okay je senanya. Propa lebihh 😂
Maafla dalam entri kalini kualiti gambar semua berbeza sebab dari 3 phone berbeza. Hahahahaha
Sebab kitaorang cuma stay 2 malam, kitaorang amik hotel bajet yang murah
Iaitu The Arts Room Boutique Hotel di Chin Swee Temple.
Harga hotel dalam Rm240++ untuk 2 malam
Tapi kalau walkin rasanya lebih murah sebab kitaorg tengok dekat kaunter murah
Dah sampai mesti mirror selfie
Lepastu naik atas lagi guna cable car untuk pergi area tempat shopping, makan makan sebab nak jumpa bestie lagi sorang
Liza suruh amik gambar dekat anime Demon slayer sebab dia peminat cerita ni.
Layankan ajer...hahahah
Makan dekat Pepper Lunch. Katanya viral tapi Cuya rasa biasa ajer la. Daging dia sedap la
Makan bertiga je dah 100++
Matilanakkk
Hahahahaha
Aiskrim favorite Cuya!
Lama tak makan
Harga macam lebih kurang je dengan kedai bawah dari Genting.
Cuya perasan kedai macam Family Mart, Llao llao harga macam sama ajer
Ni la trio zaman diploma.
Kemana bertiga aje. Nak ngata orang pon antara tiga je HAHAHA 🤣
Ni selepas 7 tahun tak bersua muka tau.
Tapi dengan Liza Cuya dah jumpa banyak kali dah. Dengan yang belah kanan, Qeela je tak pernah jumpa.
Pakai kamera Qeela gambar padu terokkss
Cuba teka siapa yang tangkapkan?
Tunang si Qeela. Diorang dua sama2 kerja di Genting. Berjumpa jodoh kat sini lerr..hehehe
Esok harinya Cuya dan Liza naik atas lagi sebab kitaorang nak main outdoor themepark. Tiket tengah murah cuma Rm62 sorang
Ni pon Liza suruh tangkap gambar.
Memang manjang dia yang suruh amik gambar sebab Cuya tak terasa nak tangkap gambar pon.
Ikut kan ajer laaa . Dapat jugak share dalam blog. Hehe
Taktahu kamera Cuya yang gegar atau Liza kuat gerak. Hahaha
Masuk je indoor cari makanan sebab Cuya kelaparan.
Maka kitaorang beli lah corndog terpanjang Cuya pernah makan
Tak bohong eh memang panjang. So kitaorang kongsi berdua. Kenyang mattt
Game pertama kitaorg masuk Planet Of the Ape 3D
Kena pakai spec mata hitam untuk 3D .
Memang best game ni...macam real!
Liza sampai tertunduk2 dia sebab ingatkan ada orang nak jatuh daripada atas
Lepas tu pergi game budak2 Big Wheld
Ala mainan budak2 main pusing2 je.
Boleh la buat rasa rasa hahahhaa
Selfie duluannn..
Muka ada senyum sebelum permainan bermula hehe
Bergambar duluan. Ice Age cerita kartun famous zaman Cuya.
Gambar tunjuk bagus ala bapak2.. hahahaha
Mula2 nak masuk sini tapi ada masalah teknikal.
Kitaorang pon beratus guna VQ..atau pun virtual que dekat apps Skyworld Genting
Sesiapa nak pergi themepark Genting wajib install apps ni bagi memudahkan untuk beratur
Tapi boleh beratur 3 kali je VQ
Kitaorang dapat main ni jugak.
Main pusing pusing lagi.
Game buat pening kepala. Hahahaha
Perempuan pantang nampak cermin. Selfie satu kali!
Pastu kitaorang main game yang basah pulak. Kitaorang bawak sendiri baju hujan sebab beli kat speedmart baru Rm2, beli kat genting Rm15 kauu
Pandai buat duit yaaaa
Liza biru, Cuya semestinya pink!
Lepastu kitaorang terjumpa kembar kitaorang yg pakai baju hujan sama warna macam kitaorang.HAHAHA
Dahlah couple..
Liza syak diorang baru kahwin.. hahahaha
Tangkap gambar kat tengah2 jalan sebab why not??
Maaf gambar banyak blur sebab tukang tangkap tak fokuskan haha
Lepastu main Acorn Ice Age which is roller coaster.
Ni jela game yang extreme sikit dapat main.
Pergh bagai nak tercampak Cuya naik roller coaster dia. Seronok plus seramm
Nasib baik permainan tu kejap je.
Yang kelakarnya lepas dah habis game tu tiba2 keluar lagu yang happy seolah2 nak tenang kan kitaorang.
Cuya gelak laaa adoi bijak diorang.. hahahahah
Dalam ice age ni betul2 macam gua. Kreatif sungguh siapa yang design.
Ni masuk Independence Day. Ramai gila beratur. Bercinta nak menunggunyaaa
Tapi worth it!
Memang best sebab game 6D
Terasa macam masuk dalam angkasa. Cantik gila visual dia walaupun tak pakai spec.
Ramai gila kan yang beratur
Malam lak keluar dengan Qeela, adik dia Qistina dan tunang Qeela.
Kitaorang makan dia Dubuyo. First time Cuya makan tapj Cuya cuma order Buldak Wings Chicken. Sebab Cuya tak lalu nak makan berat berat macam nasi.
Malam tu Qeela tidur bersama Cuya di hotel kami book.
Malam tu bergosip ler
Tapi macam takde cite sangat sebab taktahu nak cite apa.
Sampai akhirnya Cuya keletihan Cuya lelapkan mata.
Tidur kat hotel tu Cuya asyik terjaga dalam kul 3 lebih. Taktahu kenapa. Tiba2 tak selesa nak tidur .
Dak Liza senang, dia terbangun pastu dia pergi layan cerita kartun Atashinchi. Adoi perangai 🤣🤣
Esoknya sebelum balik ke Melaka, kitaorang pergi jalan2 area temple berdekatan hotel kami duduk.
Liza ni semua gambar aku kau amik blur.
Disebabkan aku hargai, aku post jugak la eh Liza 🤣🤣
Mungkin bukan salah Liza, kamera Cuya yang biol 🤣🤣
Ni kawasan nak ke tempat patung2 yang menunjukkan jalan cerita masyarakat Budha kehidupan selepas kematian.
Punya besar patung Buddha dia
Tapi Cuya tak tangkap gambar dengan patung2 ni.
Kalau ikutkan Islam bagi ke tangkap gambar dengan berhala? Sesiapa tahu bole jawab tak
Contoh jalan cerita kehidupan selepas mati masyarakat Buddha
Mural dia cantik kan
Tak nampak pon orang lalu lalang dalam hotel tu. Sunyi ajerr. Agak sebab weekday.
Sedap pudding ni...pudding Family Mart semua sedap
Maka selesailah percutian Cuya bersama bestie2 Cuya. Alhamdulilah syukur masih diberikan peluang untuk berjumpa dengan Liza and Qeela.
Banyak memori kami bersama.
Memang tak sangka Qeela dah nak kahwin.
Diorang dua ni lagi muda daripada Cuya tau.
Masing2 personaliti berbeza.
Liza panggil Cuya je, Qeela panggil Kak Cuya. Memang jauh beza perangai masing2.
Sesiapa tengok status Cuya dapat tengok la sisi Liza masa kitaorang main game What's in the bag?
Sebab Liza curious Cuya bawa banyak sangat bag sedangkan dia bawa sikit je barang
Pape pon Cuya enjoy percutian ni!
Lepas ni harap dapat bercuti lagi banyak Aamin ya Rabb
Saya rate 5 bintang!
Till then, adios amigos!
Tengok post cuya ni rasa rindu pulak kat genting. Kak Cie dulu posting KFC sana. Lama dah tak naik genting.
ReplyDelete