Assalamualaikum, Hello Coconuts!
2 hari lepas Cuya dijemput Cikgu Mai untuk berkursus dibawah KEMAS. Disebabkan Cuya berkelapangan, so Cuya pon join.
Kursus ni berlangsung selama 2 hari berturut- turut.
KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK ( KKJP)
KURSUS PELBAGAI FROZEN FOOD, PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN
Anjuran : UNIT PENDIDIKAN KEMAHIRAN (PKEM) KEMAS PARLIMEN JASIN
TARIKH : 26 &27 OGOS 2025 ( SELASA DAN RABU)
Resipi makanan frozen food yang kami buat:
- Ubi Getuk
- Pulut panggang
- Popia big mac
- Pepes ayam
Pertama sekali minta maaf kalau gambar tak tersusun. Cuya cuma masukkan sebahagian gambar sahaja.
Pagi Selasa kami ada taklimat tentang pendaftaran bisnes secara Home based daripada pegawai teknologi makanan Puan Yun.
Belajar banyak perkara tentang makanan yang bersih dan selamat.
Perlabelan yang ada di pasaran pon ada maksud tertentu. Misalnya Jus Oren ada peratus tertentu yang perlu ada dalam kandungan jus.
Kalau kita beli aiskrim dan konfeksi ais pon lain tau kandungan creamer dia.
Selama ni semua benda kita panggil aiskrim.
Rupanya tak semua benda kita nampak ' aiskrim ' tu sebenarnya aiskrim. Faham tak? Hahaha
Cuya duduk depan sekali
Resipi pertama ubi getuk.
Nak frozenkan kenalah goreng kejap
Bahan- bahan ubi getuk :
1kg ubi kayu
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula
1-2 sudu besar tepung gandum
1sudu garam
Kita campur kan semua uli perlahan lahan.
Tepung letak last
Tapi masa kami buat, kami guna 6 kg ubi sebab nak buat kuantiti banyak
Terjumpa 2 orang senior sekolah Cuya yang sama batch dengan abang Cuya
Kak Aina dan Kak Nurul
Nampak menyelerakan?
Sesi bergambar
Masak pulut panggang
Resipi pulut panggang
Satu satunya teruna dalam kursus ni.
Tapi makcik dalam kelas panggil dia anak dara. 🤣🤣
Dia tengah layurkan daun pisang
Inti pulut panggang
Next day kitaorang buat popia big mac
Resipi Popia Big Mac
Haritu kelas KEMAS hari Rabu pon Cuya dah belajar buat popia ni. Belajar dengan Cikgu Mai juga
Nak masak inti popia
Ni buat sos popia
Bergambar duluan tanda hadir hehe
Dah siap packing
Seterusnya buat pepes ayam
Resipi Pepes Ayam
Hasil selepas pembalutan pepes ayam
Cuya sedang memerhati dengan serius sebab meja dah penuh. Kita lak tak bawak pisau kuangkuangkuang 😂
Ariff dengan seriousnya melayurkan daun pisang. Memang tugas hakiki dia. Hahaha
Mak mak sedang merewang.
Hasil selepas semuanya dah siap selama 2 hari.
Dah siap bungkus dan ada label
Cuya selfie dengan salah seorang peserta Hafiza namanya. Student yang mengisi masa lapang.
Yeyy boleh bawa balik frozen food secara percuma.
Cuya dah siap masak dahh
Last but not least, Cuya dapat penghormatan untuk memberi ucapan sebagai wakil peserta.
Kita dah hafal teks ucapan tapi teks ditambah, jadi terpaksa tengok kertas 😂 😂
Ibu siap cakap, apalah budak degree bagi ucapan tengok teks. Nak wat cane, dah ada penambahan 😝
Alhamdulilah kursus berjalan dengan lancar. Syukur....
So sekarang Cuya cuma pergi kelas KEMAS hari Rabu jela. Macam2 dah masak.
Hari Isnin pon ada kelas KEMAS, tapi Cuya tak join. Dah bagi nama tapi diorang terlepas pandang agaknya.
Kalau tengok entri lama Cuya kan Cuya ada share pergi kelas masakan.
Pape pon Cuya enjoy kursus kalini walaupun penat kaki bagaikan nak tercabut 😂
Maklumla kerja berdiri saja. Hehe
Moga ada rezeki untuk join lagi.
Till then, adios amigos!
Ps: Kita muda lagi, tapi dah bergaul dengan mak2 orang ingat kita dah tua . 🤣 Layankan jelaa
Seronoknya Cuya join kelas gini. Banyak boleh belajar. Walaupun bukan untuk buat bisnes, tapi berguna untuk family sendiri - buat kuih dan frozenkan.
ReplyDeleteBagus Cuya boleh bercampur dengan orang lebih tua, fikiran jadi lebih matang.
Alhamdulilah, ada juga yang peserta join ada bisnes sendiri
DeleteTapi Cuya untuk family sendiri jela hehe
Seronok bercampur dengan pelbagai orang, dapat tengok dan belajar
benda baru daripada diorang
Bagus join kelas mcm ni...dapat ilmu..
ReplyDeleteAlhamdulilah banyak ilmu dapat 😊
DeleteBoleh tengok pelbagai ragam manusia juga hehe
Seronok..ilmu baru dapat, kawan baru dapat .makanan pun dapat..mak kak Linda kalau ada kelapangan, join juga kelas² kemas nie
ReplyDelete