Tuesday, February 11, 2025

Parcel Untuk Harini

Assalamulaikum, Hello Coconuts!


Macam biasalah bulan ni bulan shopping Cuya. So ada lah beberapa paket parcel yang datang ke rumah.
Agak-agak kurier pon dah cam rumah Cuya.




Siri Le Gardinie Love Note yang baru. Buku-buku dia semua masih cantik walaupun preloved.
Lama juga nak tunggu post daripada seller.
Dapat free 2 buku alhamdulilah..


Kalau sesiapa yang pembaca komik mesti pernah baca buku Le Gardenie yang lama



Buku ni sekarang dah jadi rare, jadi orang jual mahal. Dulu Cuya hampir beli yang murah, tapi masa tu Cuya tak berapa nak ada duit. Hahaha Sedih kan..

Sekarang nak beli pulak rasa tak berbaloi sebab mahai amat hanya untuk komik.
Jadi better Cuya beli buku Le Gardinie yang baru.

Rupanya, Le Gardinie Love Note ni boleh baca free je dekat website. Tapi Cuya tak suka baca dari handphone, lebih suka buku fizikal. Seronok boleh sentuh selak dari muka ke muka berbanding skroll je phone tu. kan?

Shopping buku takkan habis sebab sasaran Cuya nak beli banyak-banyak untuk bahan bacaan tahun ni.
inshaAllah




KARIPAP FROZEN

Kakak ipar Cuya bawa balik karipap frozen untuk ibu.
So harini Cuya masak la karipap ni




Ada dua jenis. 
Karipap bentuk biasa isi kentang,
yang bentuk bulat tu sardin


Kita masuk je dalam air fryer, suhu agak jela...



Sedap rasa karipap ni  lagi-lagi makan masa panas kan.
Mantap~

Terima kasih Kak lidya sebab bagi karipap dan belanja kitaorang macam-macam.
Moga kakak ipar Cuya dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Moga ramai-ramai mendoakan kakak ipar Cuya untuk mendapat cahaya mata. Aaamin... 

till then,

adios amigos!






6 comments:

  1. Baca komik sambil makan karipap pasti best. 😆

    Komik Le.Gardenie versi versi Ben tu pernah baca dalam majalah Utopia. Best jugak ceritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah ya sambil makan sambil baca itu bestttt
      Aah, dulu Cuya pernah baca tapi dah tak ingat jalan cerita

      Delete
  2. Replies
    1. Cuya pon first time tengok karipap bulat hehe

      Delete
  3. Karipap bulat agak rare, jarang jumpa skrg ...
    Semoga Allah SWT kabulkan hajat kak ipar Cuya 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya pon tak pernah jumpa karipap bulat...

      Aamin ya Rabb, moga2

      Delete

Followers