Thursday, February 6, 2025

Koleksi Kompilasi Mantap Lawak Kampus

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Sepanjang Cuya blogging selama ni, selalu nampak orang sharing lifestyle, memasak, buku, dan fakta-fakta. Jarang yang berkongsi minat sama macam Cuya iaitu kumpul komik kecuali salah satu blogger yang baru  Cuya jumpa, dalam tahun lepas iaitu Bola Katok. Cuya perasan BK adalah seorang kolektor sama macam Cuya.

Bezanya mungkin Cuya lebih banyak kumpul komik dan makeup, berbanding BK dia suka collect komik dan mainan-mainan yang rare. Pokoknya, apa-apa yang rare dia  memang suka kumpul. Hahaha

Sebab tu juga  Cuya suka berkunjung ke blog BK sebab banyak benda baru yang dia share. Cuya pulak sejenis sukakan benda yang unik dan rare. Maka minat kami berdua sama cuma Cuya jarang la nak update benda rare. Kadangkala.. jarang-jarang.. hehe

Okay tu cite serba sikit tentang blogger BK, korang boleh la berkunjung ke  blog dia.

Sekarang ni Cuya  nak share pasal koleksi Kompilasi Mantap Lawak Kampus yang Cuya beli. 


Dalam 4 buku ni, yang warna merah macam kamus  dewan tu sahaja memang Cuya punya personal buku. Yang lain semua preloved.
Susah nak cari buku tebal ni yang murah. Alhamdulilah Cuya beli murah je.

Tapi kondisinya takdelah seperti baru, nama pon preloved kan. Tapi Cuya tak kisah, janji dapat koleksi sendiri


yang ni  Cuya belum beli. InshaAllah akan datang jika ada rezeki lebih, Cuya akan sambar yang ni untuk lengkapkan koleksi.. Aamin..

Ramai2 doakan semoga seketul Nurnasuha hidupnya senang dunia dan akhirat..  aamin ya Rabb

Moga yang membaca ni pon hidup senang juga!

till then,

adios amigos!




4 comments:

  1. Terima kasih. Saya pun masih gigih kumpul komik kompilasi ni. Jilid terbaru tak sempat beli. Dulu masa awal-awal keluar, Popular siap bagi free patung Froggy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Selama ni Cuya perasan jugak jual di popular.. tapi tak berkesempatan untuk grab. Oh yeke dapat free? Cuya tak tahu lak sebab dah tak kumpul siri penuh Lawak Kampus.

      Delete

Followers