Friday, February 21, 2025

Berkunjung ke RR Guesthouse, Melaka

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebelum kita ke entri harini, dah join giveaway Cuya belum?


Jemput join!


So, harini busu Cuya ajak pergi ke area Merlimau untuk ke homestay yang diduduki oleh kawan baik dia, makcik  Farith. Kebetulan makcik Farith ada family day berdekatan dengan rumah kami, jadi dia ajaklah untuk singgah.

Kami pon ke RR Guesthouse, tak sampai 30 minit untuk ke sana.




Masuk2 je dah ada dua kolam, satu untuk kanak2. Satu dewasa


Ruang luar untuk santai-santai


Pandangan daripda atas. Sini ada 10 bilik. Sesuai untuk keluarga besar.


Kolam dia sedang2 saja. Kalau ketinggian macam Cuya memang boleh tenggelam. Hahaha Sebab Cuya pendek je 154 cm




Sini ada washing machine. Dapur dia kat luar tak bertutup. Lupa nak tangkap gambar.
Pinggan, cawan dan gas semua disediakan.

Satu malam Rm2300. Boleh lah tong2 dengan family lain

Ruang tangga menuju ke bilik.

Ada juga bilik bawah.
Bilik karoeke pon ada. 3 jam karok RM150.
Karok ler puas2. Hahaha


Disebabkan diorang tengah family day, diorang main la kuiz online tanya soalan merapu macam
" Gambar ni telinga siapa? "
"Ni kaki siapa?"

Hahaha macam2


Kami di dapur luar tengah borak2


Pagi tu Cuya dapat makan mangga, manis. Alhamdulilah


Lauk diorang masak. Macam-macam ada. Cuya makan sikit2 je


Cuya makan ikan tiga rasa , ada tempoyak sikit dengan petai jeruk.
First time makan petai jeruk, rasa dia pelik tapi Cuya boleh je telan.


Selfie untuk harini

Tak sempat amik gambar full outfit dah padam makeup. Hehehe

Apa aktiviti korang harini?



5 comments:

  1. ehhhh.. menarik ni. Thanks Cuya share pasal HS ni. Kot kami nak buat FD lenkali boleh riki² tempat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. Cuya pon kebetulan je ke sini, sebab orang menjemput utk ziarah hehe

      Delete
  2. Wahh ada 10 bilik .. mesti besar kan guesthouse ni ..siap ada pool lagi .. ni kalau buat family day memang sesuai sangat

    ReplyDelete
  3. 10 bilik dengan harga tu siap ad private pool memang ok ni.

    ReplyDelete
  4. Wow! 10 bilik memang sesuai untuk percutian keluarga besar ni.
    Gambar selfie tu... manisnya Cuya!

    ReplyDelete

Followers