Thursday, February 6, 2025

Kisah Aku Dan Nasi Lemak

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebentar tadi Cuya baru sahaja selesai membaca entri salah seorang blogger Fairus Mamat dalam entrinya

Cerita pasal nasi lemak ni menggamit memori Cuya zaman  Cuya Diploma di Politeknik Merlimau Melaka. Cuya sepanjang sem memang sentiasa duduk dalam asrama/ kolej di Poli tu. Sedangkan kawan-kawan Cuya yang lain duduk di luar.

Dalam pada Cuya duduk di asrama, Cuya fikirkan strategi untuk cari duit poket. Cuya pon bisnes. Bisnes ramen ada, maggi ada.... dan paling utama adalah nasi lemak!



Cuya dapatkan stok daripada contact yang kawan Cuya share.  Sebab kawan Cuya pon selama ni amik stok daripada dia.

Jadi Cuya hari-hari menjaja nasi lemak dari pintu ke pintu penghuni asrama dengan bawa troli berisi nasi lemak. Betul-betul macam penjaja! Hahaha

Bila dah ada modal lebih, Cuya upgrade jual Nasi lemak Kerang, Nasi Ayam Rendang, Nasi Lemak telur mata. Wowerr...

Cuya jual nasi lemak bungkus RM1.20 sahaja. Lama2 bila barang naik harga, terpaksa naikkan harga nasi semua tu.

Memang sedap makcik ni masak. Seronok Cuya menjaja makanan.

Sebelum menjaja memang dah dapatkan kebenaran untuk menjual dalam asrama.

Cuya ambil order selalu dengan budak asrama. Ada yang siap save no  Cuya.

Sebab senang, jimat pon jimat. Makanan hantar sampai ke bilik. Alhamdulilah ramai peminat.

Siap ada yang jerit dari jauhh

"AKAK NASI LEMAK! AKAK NASI LEMAK!"

kahkahkah

Diorang jerit sebab nak memanggil nak membeli laa.. Hahaha

Kelakar lak ingat balik kisah ni.

Itulah pengalaman yang tak boleh lupa sampai sekarang.
Rupanya dalam diri memang berdarah bisnes kot macam arwah nenek Cuya. ( Al -Fatihah)


Syukurlah ada pengalaman, sebab Cuya kan muka tak malu. So setakat nak menjaja ni benda kecik je, tayang je muka kat depan orang untuk menjual. Small the pieces orang kata... kekekke  Ceh berlagakkkk

Kenalah show off kita punya pengalaman jual nasi lemak. HAHAHA

Rindunya nak bisnes.. tu yang sekarang ni Cuya bisnes komik :D

till then, adios amigos!





No comments:

Post a Comment

Followers