Followers

Tuesday, March 10, 2020

Hotel Menarik Hati Di Cameron Highland!


Assalamualaikum,hello Coconuts!Lama sudah tak update di blog ni.Kini Cuya kembali untuk share dengan korang salah satu hotel yang menjadi pilihan Cuya kalau Cuya teringin nak pergi,iaitu di Cameron Highland.

Cuya pilih Hotel Heritage sebab bangunan dia seakan-akan ada pengaruh Barat gitu..Cuya pernah pergi Cameron dulu,dah lama dah..dan Cuya rasa Cuya pernah tengok dan lalu hotel ni tapi Cuya tak pastilah.Yang pasti Cuya sangat suka rekaan luar dia di samping taman yang berlanskapkan kampung Inggeris ni.Bagi Cuya ianya sangat menarik dan sesuai bagi mereka yang nak selfie dan bergambar bersama keluarga.Disamping itu,Cuya teringin nak cuba makanan yang disajikan di hotel ni.Dengar cite ada makanan international dan tempatan.Wah,agak-agak makanan apa la tu.Okay jom tengok apa ada di hotel ni!

Hotel Heritage

Satu lagi hotel dengan gaya hotel butik ala Tudor yang terletak di puncak bukit yang menawarkan pemandangan Tanah Rata. Bila berkabus, tak nampak macam dalam Malaysia pun kan.

Heritage hotel cameron highland bangunan

Setiap bilik hotel bertaraf 4 bintang ni menawarkan balkoni peribadi untuk para tetamu menikmati pemandangan hutan tropika 1,500 meter dari aras laut.

Heritage hotel cameron highland pemandangan dan bilik

Nak cari makan di pusat bandar Tanah Rata korang boleh berjalan kaki saja. Kalau nak makan di hotel pun boleh. Ada pelbagai menu menarik tempatan dan antarabangsa disajikan.

Heritage hotel cameron highland lobi dan restoran

Antara kemudahan yang ditawarkan lawatan pelancongan dan perniagaan, perpustakaan, pusat kecergasan dan taman permainan kanak-kanak.


Heritage hotel cameron highland riadah kanak kanak dan dewasa

Nak lagi menarik, terdapat taman berlandskap di hotel ini yang direka ala kawasan kampung Inggeris. Sesuai bagi korang yang ingin hirup udara segar dan dikelilingi dengan taman yang indah.

Jalan Gereja, Tanah Rata,
 39000 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM210 - RM650


4 comments:

  1. Cantiknya wak tempat tu. Lama dah tak pergi sana, lebih 10 tahun dah hehe. Best jugak situ sebab scenery dia lain macam.

    Seronok tgk bunga2 kat situ, even bunga tepi jalan pon macam cantik semacam.

    ReplyDelete
  2. Pernah menginap di hotel ni.. memang best..
    ~cantiknya permandangan hotel ni dari jauh kan...

    ReplyDelete
  3. Cantiknya.. bestnie kalau dapat stay..

    ReplyDelete
  4. mmg cantik...moga ada rezeki utk menginap kat sini lps musim covid-19 ni berakhir

    ReplyDelete