Saturday, February 27, 2021

Beli Bundle Set Koleksi Komik Zint dan Menang Giveaway Gempakstarz!


Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Korang dah join belum giveaway Cuya yang berbaki beberapa hari ni?
Kalau belum jom join!


Nak join boleh klik banner ya




Semalam, Cuya terima parcel daripada Gempak Starz.Citenya Cuya beli Bundle Set Koleksi Zint dan jugak telah menang giveaway yang dianjurkan mereka semasa live di fb haritu. Alhamdulilah....



Ni merchandise dalam Bundle Set




Dapat autograph pelukis komik , Zint!!!!


Yeah..hadiah GA. Dapat buku nota, sampul buku dengan file


Ni Bundle set dengan hadiah. Buku Speeder 01 tertinggal.

Total rm60 untuk bundle set.

Cuya dah habis baca dah 4 buku kat atas tu...tinggal lagi dua je nak baca.
Maklumlah,pelukis feveret mestilah laju baca! heheh


Dan semalam Gempak Starz ada buat live lagi dan ada giveaway.
Cuya harap Cuya ada peluang lagilah menang.
korang doakan ya!

Amin..insha Allah...


Okay, adios amigos!


Thursday, February 25, 2021

Puisi Kapan (Bila)


Kapan


Malam semakin sepi dan sunyi,
Tanpa ada sebarangan deringan,
Tenang..
Namun, jauh sudut di hati ini,
 Aku rindu,
Rindu sesuatu yang aku inginkan,
Sesuatu yang aku dambakan,
Dan ianya kekal rahsia.

Antara aku dengan Tuhan,
 Seringkali aku menadah tangan,
Pohon agar Tuhan kabulkan,
Entah bila entah kapan,
Aku duduk penuh penantian,
Berharap agar Tuhan mendengar,
Setiap doa aku alunkan,
Moga Tuhan makbulkan,
 Agar aku bisa hidup dengan aman.


Nasuha (24/2/21) , 12:14 am

Wednesday, February 24, 2021

Aku Bagi Suprise Box pada Cik Roxa



Assalamualaikum..Hello Coconuts!

Cuya kembali lagi dengan entri suprise box...Oh rindunya nak buat~

Time ada bajet,time tengah rajin..boleh ar buat.Hehe

So kalini, Cuya bagi suprise box pada Cik Roxa kita.  Cik Roxa telah pun memilih  buku yang Cuya akan bagi, dan buku tu semua komik! Al maklumlah, yang ada stok kat rumah komik ja. Ngeh3....

So,kalini suprise box apa yang Cuya create?

Jeng jeng jengggggggggg




Kalini Cuya hasilkan tema Ugly Face of Horror.
Idea ni datang tiba-tiba bila CUya tengok baking paper Cuya dah buruk.

Jadi Cuya burukkan lagi dengan renyukkan kertas tu supaya bagi effect muka berkedut.
Asal boleh je!

dan tadi Cuya dah selesai tengok live Cik.Roxa...dia terkejut dengan box Cuya.

Cuya banyak tergelak je tengok live Cik Roxa\

Apapon..mission accomplished!

Baik,Cuya takkan post gambar.

Korang tengok sendiri ya dalam video. ngeh3.


Apa komen anda?

Kalau nak tengok Suprise Box yang lain,boleh cek dekat



Adios Amigos.. >_0




Beli Headphone Baru dan Air Humidifier yang comel!



Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini Cuya nak acah-acah review produk.Yang pasti Cuya review  suka-suka je.
Seperti tajuk di atas,Cuya baru sahaja membeli headphone baru dan air humidifier.
Eh, asyik beli headphone je! Almaklum la headphone haritu ada masalah sikit sebab Cuya rasa disebabkan kecuaian sendiri.

Tapi Cuya pergi hantar baiki headphone tu, tapi rasanya orang tu tak boleh baiki. Jadi Cuya tengah tunggu dia pulangkan semula headphone lama Cuya. Dahlah mahal..kejap je boleh pakai..sedih.
Cuya nak suruh ayah Cuya la baiki, mana tahu boleh elok balik.

Hah,back to the actual story, Cuya beli headphone dan air humidifier yang comel .Oh Cuya beli juga fragrance oil untuk air humidifier tu.



 Cuya beli bauan Ocean..tak try lagi,,tapi Cuya rasa okay je kot bau dia..
Cuya pakai pilih je..hehhe




Ni mode pertama air humidifier...Cuya pilih warna macam pinkish gitu.





Mode kedua lampu dia berpusing2 macam disko kau...hahahah

Tapi cantik...benda function..korang nampak kan wap diaa


Untuk headphone pon Cuya test dia bunyi nice,dan function very well..

Apa pon Cuya puas hati beli.
Beli kat shopee je...



Nah kat sini ja..

Kalau korang nak bole beli..^^Y

Boek..Cuya tengah menanti barang pos lagi..agak2 apa yang Cuya beli lagi ni ek? 
Nantikan~ 

Adios amigos!







Tuesday, February 23, 2021

Menyelam Mencari Siri Komik Magis Manis Coklat

Assalammualaikum,Hello Coconuts!


Macam biasa, entri Cuya takkan panjang-panjang... Cuya make it simple je kay harini.

Seperti yang korang tahu (kalau korang tahu la..hahahah) , Cuya merupakan penggemar komik.Komik apa2 sahaja. Dan sekarang ni Cuya sedang mengumpul siri lama-lama kepada komik bertajuk Magis Manis Coklat.

Bagi peminat komik, mesti tahu yang komik ni sangat popular dan kalau kita beli preloved dia memang agak mahal juga la.

Disebabkan sebelum ni Cuya beli siri yang baru sahaja, Cuya cuba untuk mencari siri lama komik ni.
Komik ni jilid dia merupakan alphabet A- Z. Alhamdulilah,dapatlah Cuya kumpul sikit-sikit. Yalah,bajet tak banyak. Haritu Cuya jumpa pun sebuah rm10. Padahal komik lama. Ya la, sebab dah tak produce lagi,tu yang diorang boleh up kan harga,betul tak?



Apa pon, disini Cuya tunjukkan siri Magis Manis Coklat yang berjaya Cuya kumpul hasil mencari die group jual beli komik di FB.Hehe



Sengaja Cuya save dekat youtube sebagai kenangan.Hehe..

Okay, Adios Amigos!


Followers