Followers

Monday, October 9, 2023

Pengalaman Terkena Gangguan Seksual

Ini adalah kisah benar yang berlaku semasa Cuya di sekolah menengah.

DI BAS STESEN:

Pada suatu hari, ketika itu semua pelajar sibuk untuk pulang menaiki bas. Begitu ramai sekali pelajar daripada pelbagai sekolah berkumpul disitu. Cuya masih ingat masa tu Cuya form 2.


Cuya sendiri tak terkecuali untuk menunggu bas disitu. Cuya balik bersama rakan sekelas. Dalam Cuya tengah berjalan di situ, tiba-tiba......


Seorang remaja lelaki datang mendekati Cuya.



Dia datang makin dekat....

















dan dekat......















dan dekat....









Sampailah Cuya tersandar ke dinding dan kedua-dua belah tangan lelaki tu seolah menolak ke dinding dan menghalang Cuya daripada bergerak. Macam drama gitu!



Dia merenung tajam ke dalam mata Cuya.
Cuya tengok dia.
Dia tengok Cuya

'Ahhh budak ni bukan ke junior aku budak form 1?'






"Ish,orang tengok laaa"

Kata Cuya pada lelaki tu

'Budak ni apa pasal ganggu aku ni... malu la orang tengok'


"Biarlah..."

Kata lelaki tu seolah-olah macam takde orang sekeliling kami. Sedangkan banyak mata yang memandang kami!


"Pergilah mangkuk!"
Cuya mula marah dengan dia. Geram bercampur malu!




Dia semakin mendekatkan diri dengan Cuya...seolah-olah nak cium Cuya.


"Aku! Aku mangkuk!"

Sebab Cuya dah takut sangat, Cuya cakap la macam tu


"Mangkuk apa?" kata lelaki tu saja mengusik Cuya

" Aku mangkuk vintage, mangkuk berjenama ,ko mangkuk tandas"

Sempat Cuya bergurau bagi menghilangkan rasa takut.



"Eeee dah lah mata bulat! Best kalau buat bini ni"

kata lelaki tu.

Lepas tu Cuya tak ingat apa Cuya cakap dengan dia... dan dia pon berlalu pergi.
Masalahnya dia bercakap dengan Cuya masih dalam posisi ala drama kat tv tu!

Memang advance betul budak ni la. Dia ni junior sekolah Cuya.
Cuya tahu dia ada hati dengan Cuya sebab memang banyak kali dia buat benda ni kat Cuya. Kat tengah2 orang ramai lak tu!

dan ceritanya tak berakhir masa zaman form 2 je. Kejadian yang lebih dasyat berlaku semasa Cuya form 4. Masih dengan lelaki yang sama. Ada masa nanti Cuya cerita..

Macam ni pon kira gangguan seksual kan... stress kepala otak melayan.


Tapi tak dinafikan mamat ni hensem. Dah la atlet sekolah. Kekeke

tapi nakal la haiiii... hahhahah






41 comments:

  1. ha ha ha.. takut ada, lawak pun ada.. but time cuya kecik lagi mesti la takut kan.. cuba buat time sekarang, bukan takat mangkuk dah budak tu jadi kan.. ha ha ha..

    MA dulu masa darjah 6..siap ada budak kejar keliling sekolah lagi sbb nya dia ajak jumpa MA x nak.. takut siap nangis lagi nyorok dlm tandas. MA kasi tau cikgu budak tu kena panggil & kena marah ngan cikgu . silap besar la kan.. MA dah murid kesayangan cikgu tu. padan muka dia... cikgu ckp...nak jaga diri sendiri pun x lepas, ada hati nak kacau anak dara orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah kann..macam lawak pon yaa
      Uish mummy siap kena kejar tuu lagi takuttt
      Kadang2 pelik cane diorang bole berani sangat en

      Delete
  2. Betul2 terpengaruh dengan drama rasanya budak tu. Sekarang jadi apa dah dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia baru saja mendirikan rumah tangga dgn budak skola baya Cuya
      Hahahha

      Delete
  3. junior tu banyak tengok drama kot cuya

    ReplyDelete
  4. Jadi seperti nonton drama betulan lagaknya ..hahaha

    ReplyDelete
  5. Nak rasa kesian, tapi cerita lucu....! Camana ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula...cerita dia lawak jugak enn.. hahaha

      Delete
  6. Wah m m.tgk adegan k drama la. Mesti dia suka cuya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... tula mcm drama...
      Aah dia suka Cuya tu time tu hehe

      Delete
  7. Ini macam...Gangguan hati! Hahaha.. Tendang je kaki dia tuuuu Len kali 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish takut dia lak apa2 kan saya nanti..hahha

      Delete
  8. HAHAHAHAHH. banyak tengok drama la cuya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe! ingt hero drama agaknya... hahaha

      Delete
  9. Akak dulu tak pernah terjadi begini, sebab muka akak tak lawa, dah la tu, garang pula. Jangan biar lelaki buat sewenang-wenangnya macam ni, ni khalayak ramai. Kasi tendang itu lato-lato.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh pikir kak nk buat apa time tu....
      malu sangat org duk tengok kiter
      benda pon dah lepas, jdi kenangan je la... hahha

      Delete
  10. Nasib la. Masa tu form 1... Kalau slrg mau kene penumbuk kn.. Geram betul..

    ReplyDelete
  11. Erkkkk form 1 dh berani mcm ni? Kalau ammi mmg dah kena tendang dah kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hermm Cuya nervous masa tuu tkleh fikir dah

      Delete
  12. Cuya ni penakutlah
    bagi aje penumbuk sebijik

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang masa tu tk fikir apa...orangnya lagi tinggi drpd Cuya tuu
      apalah insan lemah ni bole buat pada lelaki tu... hahha

      Delete
  13. advance betul cara mengorat😂😂😂 tp tu laa... niat x menghalalkan cara. tu ttp dikira gangguan seksual. bkn scene drama korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bru masa form 2...kena dengar cite masa form 4 pulak...
      nnti klo Cuya rajin Cuya update.... hehe

      Delete
  14. Luar biasa junior tu yaaa 😄😄. Confident sangat dengan kakak kelas hahahaha. Walopun memang caranya tak benar juga, setuju dengan kak Anies, bisa dianggab gangguan seksual

    Tapi bicara sexual harresment , saya pernah alami saat di Penang, zaman masih kuliah. Pulang kuliah nak balik rumah, saya memang sering lewat jalan belakang, yg mana agak sepi, tapi semacam shortcut. Tau2 laki Chinese lewat naik motor, dia stop depan saya, lalu tangan menyentuh dada saya. Lalu kabur. Saya macam freeze, baru setelah itu rasa mau nangis tapi juga marah sangat.

    Sejak itu tak nak lewat jalan yg sama. Macam trauma 😔. Ntah kenapa pikiran para pelaku ini yaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uuish... kalau depan orang ramai pon bahaya...apa lagi kalau sendiri kan?

      Zaman sekarang mana2 pon bahaya. Duduk rumah sendiri pon gak selamat Y_Y

      Delete
  15. serammm walaupun orgnya ensem..berani betul junior buat camni,kan..aihhh...betul lah cuya gaya dia buat ni dah macam dalam drama pulak...

    ReplyDelete
  16. Mulai baca tu takut jer bila diserang orang laki macam tu, lukisan cuya terbaik memang babak dia dah macam drama dah, yang part last tu ketawa akak sebab sempat lagi tu puji laki tu hensem hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..macam saya ni pelakon dalam drama diganggu oleh lelaki yg terlebih advance.
      Rasa macam tk sangka diganggu sebegini rupa..
      tak padan muka hensem, tpi kacau kita cmtu .. hahah

      Delete
  17. buat laporan dengan cikgu dan kes polis...habis la masa depan dan nama baik semua pihak...nasib baik tak ada perkara yang lebih buruk lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tapi parent pon taknak memburukkan keadaan, tapi Cuya lah menanggung kesannya

      Delete
  18. Replies
    1. yee...betul tu MZ...ahahhaha tak sangka alami gini

      Delete
  19. Fuhhh... mmg mcm dlm drama... eei.. geramlah kalau jumpa lelaki mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye...dah kita macam watak utama dlm ni..heroin.. hahahaha

      Delete
  20. wahh luarbiasa drama gangguan seksual nih., hehe

    ReplyDelete