Saturday, April 25, 2026

Menu Simple Harini

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini ibu request masak simple harini.
Cuya kalau memasak biasa ikut request ibu nak makan apa.

Dan bergantung bahan apa yang ada di dapur. Kebiasaannya menu kami berulang kali je sama 😂.



Sup sayur ikan bilis. Sebab ayah baru saja beli brokoli, maka kita makan sup sayur brokoli dengan sedikit ikan bilis.

Resipi biasa ajer.

Bawang merah + bawang putih
Ikan bilis 
Brokoli
Lobak merah
Garam
Secukup rasa.

Dah siap...



Menu seterusnya sup ayam kosong tanpa sayur. Ni Cuya buat pedas sikit .

Resipi

Ayam
Cili hijau hidup
Sup bunjut
Garam
Air secukupnya.


Dah siap menu tengahri kita. Tapi ni boleh bawa sampai ke malam sebab Cuya masak banyak. Ibu dengan ayah belum makan lagi tu sebab pagi tadi dah makan.

Btw ibu baru sahaja lepas operation bahagian gigi dia, doktor tak bagi makan nasi. Agaknya tula dia request sup tu. Moga ibu cepat sembuh sepenuhnya. Banyak tu jahitan kat gusi.


Korang masak apa harini?

Till then, adios amigos 👋🏻 


17 comments:

  1. saya suka masak sayur brokoli campak2 cmtu.senang nak buat!
    harini makan nasi kerabu je, tapi tu makanan pagi tadi. sekarang dh petang masih tk terasa nak makan sebab kenyang gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, senang je kan...
      Wahh sedapnya nasi kerabu! Lama tak makan, mencari juga nasi kerabu kat sini belum jumpa lagi.

      Delete
  2. pg td MZ masak bihun goreng. tghari gi mkn kat wedding. dinner ie ptg ni MZ masak sup ekor dan ayam sweet sour tapi lupa nak snap pic so tak dpt nak jdkan content hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh sedap tu! Tula terkadang tu memang lupa nak ambil gambar sebab bukan habit kita kan nak ambil gambar sejurus lepas masak.
      Kadang Cuya masak pon tak tulis entri sebab malas hahaha

      Delete
  3. SIMPLE DAN SEDAP... JM PAGI PETANG NASI LEMAK IKAN MASIN (RM2.00) SEBAB MUDAH UNTUK WAKTU KERJA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu! Best gak nasi lemak ikan masin . Teringat memori Cuya jual nasi lemak di poli dulu

      Delete
  4. Cuya anak yg rajin, moga istiqamah ye

    ReplyDelete
  5. Selalu hari sabtu hari Faa gantung kuali, hewhew.. Selamat menjamu selera Cuya :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus gantung kuali. Makan luar lagi bestt hahaha

      Delete
  6. Semoga ibu cepat sembuh dari operation.
    Kena makan yang lembut².

    ReplyDelete
  7. Hari ni cheq tak masak, kakak cheq yang masak. Dia try buat nasi dagang 😁

    Semoga ibu Cuya cepat sembuh dan boleh makan dengan selesa semula 🤲

    ReplyDelete

Followers