Saturday, April 25, 2026

Menu Simple Harini

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini ibu request masak simple harini.
Cuya kalau memasak biasa ikut request ibu nak makan apa.

Dan bergantung bahan apa yang ada di dapur. Kebiasaannya menu kami berulang kali je sama 😂.



Sup sayur ikan bilis. Sebab ayah baru saja beli brokoli, maka kita makan sup sayur brokoli dengan sedikit ikan bilis.

Resipi biasa ajer.

Bawang merah + bawang putih
Ikan bilis 
Brokoli
Lobak merah
Garam
Secukup rasa.

Dah siap...



Menu seterusnya sup ayam kosong tanpa sayur. Ni Cuya buat pedas sikit .

Resipi

Ayam
Cili hijau hidup
Sup bunjut
Garam
Air secukupnya.


Dah siap menu tengahri kita. Tapi ni boleh bawa sampai ke malam sebab Cuya masak banyak. Ibu dengan ayah belum makan lagi tu sebab pagi tadi dah makan.

Btw ibu baru sahaja lepas operation bahagian gigi dia, doktor tak bagi makan nasi. Agaknya tula dia request sup tu. Moga ibu cepat sembuh sepenuhnya. Banyak tu jahitan kat gusi.


Korang masak apa harini?

Till then, adios amigos 👋🏻 


5 comments:

  1. saya suka masak sayur brokoli campak2 cmtu.senang nak buat!
    harini makan nasi kerabu je, tapi tu makanan pagi tadi. sekarang dh petang masih tk terasa nak makan sebab kenyang gila

    ReplyDelete
  2. pg td MZ masak bihun goreng. tghari gi mkn kat wedding. dinner ie ptg ni MZ masak sup ekor dan ayam sweet sour tapi lupa nak snap pic so tak dpt nak jdkan content hahahhaa

    ReplyDelete
  3. SIMPLE DAN SEDAP... JM PAGI PETANG NASI LEMAK IKAN MASIN (RM2.00) SEBAB MUDAH UNTUK WAKTU KERJA...

    ReplyDelete

Followers