Monday, April 20, 2026

Susun Tudung Mengikut Koordinasi Warna

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Pagi tadi Cuya share photodumps yang Cuya baru sahaja susun sebahagian tudung Cuya mengikut koordinasi warna masing2.

Malam ni Cuya susun tudung lain pula dalam laci. Kemain banyak ya koleksi tudung kauu 🤣.

Bila dah susun tu, baru sedar ada tudung Cuya beli tapi tak pakai-pakai. Haish orang perempuan kannn. Suka membeli, pakainya tidakk.

Padahal Cuya dah declutter tudung Cuya, tapi masih banyak lagi. Hehe


Cantik tak susunan warna Cuya? Macam pelangi kann. Baru syok nak tengok susunan gini. Sedap sikit mata memandang. Hehe



Tudung printed tak cukup bakul lak. Rasa macam kena beli lagi bakul macam ni. Kira macam organizer la. Aritu makngah Cuya yang bagi. Pastu Cuya tengok ada jual dekat DIY. Function jugaaa. Bila susun nampak lebih kemas dan senang nak capai tudung.

Kalau lipat biasa macam menggunung tudung tu sebab almari Cuya besar dalam dia.

Entah dari mana datang mood rajin tah. Dah takde kerja, maka kita menyusun la tudung2 kita.

Till then, adios amigos 👋🏻 

No comments:

Post a Comment

Followers