Assalamualaikum Hello Coconuts!
Harini ibu request masak simple harini.
Cuya kalau memasak biasa ikut request ibu nak makan apa.
Dan bergantung bahan apa yang ada di dapur. Kebiasaannya menu kami berulang kali je sama 😂.
Resipi biasa ajer.
Bawang merah + bawang putih
Ikan bilis
Brokoli
Lobak merah
Garam
Secukup rasa.
Dah siap...
Menu seterusnya sup ayam kosong tanpa sayur. Ni Cuya buat pedas sikit .
Resipi
Ayam
Cili hijau hidup
Sup bunjut
Garam
Air secukupnya.
Dah siap menu tengahri kita. Tapi ni boleh bawa sampai ke malam sebab Cuya masak banyak. Ibu dengan ayah belum makan lagi tu sebab pagi tadi dah makan.
Btw ibu baru sahaja lepas operation bahagian gigi dia, doktor tak bagi makan nasi. Agaknya tula dia request sup tu. Moga ibu cepat sembuh sepenuhnya. Banyak tu jahitan kat gusi.
Korang masak apa harini?
Till then, adios amigos 👋🏻


Simple tapi yummeh!
ReplyDeleteSemestinya! Hehe
Deletesaya suka masak sayur brokoli campak2 cmtu.senang nak buat!
ReplyDeleteharini makan nasi kerabu je, tapi tu makanan pagi tadi. sekarang dh petang masih tk terasa nak makan sebab kenyang gila
Betul2, senang je kan...
DeleteWahh sedapnya nasi kerabu! Lama tak makan, mencari juga nasi kerabu kat sini belum jumpa lagi.
pg td MZ masak bihun goreng. tghari gi mkn kat wedding. dinner ie ptg ni MZ masak sup ekor dan ayam sweet sour tapi lupa nak snap pic so tak dpt nak jdkan content hahahhaa
ReplyDeleteWahh sedap tu! Tula terkadang tu memang lupa nak ambil gambar sebab bukan habit kita kan nak ambil gambar sejurus lepas masak.
DeleteKadang Cuya masak pon tak tulis entri sebab malas hahaha
SIMPLE DAN SEDAP... JM PAGI PETANG NASI LEMAK IKAN MASIN (RM2.00) SEBAB MUDAH UNTUK WAKTU KERJA...
ReplyDeleteSedap tu! Best gak nasi lemak ikan masin . Teringat memori Cuya jual nasi lemak di poli dulu
DeleteCuya anak yg rajin, moga istiqamah ye
ReplyDeleteAamin ya rabb. Terima kasih kak 💕
DeleteSelalu hari sabtu hari Faa gantung kuali, hewhew.. Selamat menjamu selera Cuya :)))
ReplyDeleteBagus gantung kuali. Makan luar lagi bestt hahaha
DeleteSemoga ibu cepat sembuh dari operation.
ReplyDeleteKena makan yang lembut².
Betul... Aamin ya rabb
DeleteSimple pun sedap je.
ReplyDeleteAlhamdulilah betul, sedap2. Hehe
DeleteHari ni cheq tak masak, kakak cheq yang masak. Dia try buat nasi dagang 😁
ReplyDeleteSemoga ibu Cuya cepat sembuh dan boleh makan dengan selesa semula 🤲