Tuesday, December 16, 2025

Kenangan lalu #CampakBelakang

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Entri Campak Belakang lagi aka Throwback.
Saja throwback sebab nak clearkan galeri.
Cuya nak share gambar tahun lepas Cuya kerja di Malaysia Heritage Studios.

Cuya biasanya akan jaga rumah Negeri Sembilan dan dekat situ ada batik painting.
Disitu juga kenangan kena ganggu dengan monyet durjana. Seram betul sampai kena sorokkan diri dalam bilik gelap, dah tak kira dah ad hantu ke apa. Janji selamat drpd dikokak monyet liar. Hahaha



Antara lukisan batik yg boleh dipilih untuk painting. Rm20 je, lepas kering boleh bawa balik batik tu.

Ni Cuya dapat jumpa adik yang tengah photoshoot untuk Hari Merdeka. Cantik betul pakaian dia



Ni rombongan sekolah cina datang sini. Pastu ada budak cakap cina dengan Cuya, Cuya pon acah2 faham jela sebab Cuya faham la sikit2. Tapi kelakar la sebab tiba dia ajak borak in mandarin 🤣.




Sesi potong topeng. Cuya jaga sini sebab tu kena pantau budak budak ni.








Ni adik cilik pandai dia warna batik, kreatif warna yang dia guna. Ada bakat besar ni.


Antara couple yang purchase batik ni.




Ni Cuya masa siram pokok. Dulu pakai uniform gini, sekarang dah takde uniform ni tapi pakai pakaian traditional. Syarikat pon ada belikan pakaian traditional kalau nak pakai. Seronok lagi pakai pakaian tradisi daripada uniform cuma ada costing jela.


Tu jela nak throwback. Nak godek lagi folder camera kot2 ada gambar yang tak pos lagi, boleh la buat entri. Cuya bukan jenis tulis draft untuk entri, Cuya tulis dan terus post senang takdelah terlupa.

Till then, adios amigos.


27 comments:

  1. sekrg ni cuya masih keje kat sini lagi ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak kerja situ dah, semua tinggal kenangan hehe

      Delete
  2. Best jugak kerja camtu. Dapat jumpa ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya seronok bila ada orang. Kalau takde orang memang bosan, mati kutu situ. Hahaha

      Delete
  3. Mesti tak boleh lupa kena ngurat monyet durjana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takleh lupa detik2 cemas tu. Benci dengan monyet hahaha

      Delete
  4. Oh dah ada aktiviti di rumah Negeri Sembilan!
    Cantik uniform batik yang digunakan.

    ReplyDelete
  5. Kenapa berhenti best je kerja kat situ

    ReplyDelete
  6. Bestnya tempat kerja Cuya...

    Monyet memang menyeramkan.. ingat dulu k.Nani pun gaduh dengan monyet, monyet tu luar tingkap, dia tunjuk gigi taring dia memang seram tengok. Kalau kena kokak tu ishhhh...

    ReplyDelete
    Replies

    1. Best2

      Ya seramkan... Bahaya monyet liar tk makan dek saman

      Delete
  7. kalau pengunjung macam ni seronok nak layan sebab mereka tak banyak kerenah... mereka ikut je arahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 bole layan lagi.
      Kita tgk je diorg painting

      Delete
  8. Banyak pengalaman menarik ye Cuya...

    ReplyDelete
  9. Comelnya adik yang Cuya dukung tu. Patut pokok sini subur ya sebab Cuya siram dia....akak ada pokok tu tanam tepi rumah....beranak-pinak dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan comel kan

      Hahaha tula Cuya siram tu subur. Kekeke
      Rajin akak menanam ya

      Delete
  10. Aaaa sukanya part canting batik tu dimana kak belum pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  11. saya suka pi melaka, maklumah peminat sejarah.. taman mini malaysia pun banyak kali juga pi tapi lepas tukar jadi Malaysia Heritage Studios belum pernah pi lagi. kalau diikutkan lebih suka yang dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu rumah2 di Mini Malaysia klasik semuanya, sejak dah renovate dah macam kisah dongeng. Tapi masih cantik, cuma dalaman dah macam studio

      Delete
  12. Seronok pekerjaan Cuya, sebab dapat jumpa orang ramai. Oh, ini yang dulu Mini Malaysia, dan sudah tukar nama ke Malaysia Heritage Studios ya, Cuya? Akak pernah sampai dulu-dulu kala, masa zaman akak sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Cuya suka kerja Cuya sebab jumpa org.

      Ya dah tukar syarikat. Pemilik baru

      Delete
  13. memang seronok la ya dapat pengalaman jumpa ramai org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok...sebab Cuya extrovert, sukalah berjumpa dgn ramai org hehe

      Delete
  14. Terbalik pulak dengan kita, banyak dalam draft tak publish lagi, nak mulakan ayat tu yang den lomah.

    ReplyDelete

Followers