Assalamualaikum Hello Coconuts! 🥥
Alhamdulilah Cabaran 100 Hari Kurangkan Gula dalam minuman sudah selesai semalam.
Dan bestie Cuya dah selesai cabaran turunkan 10 kg berat badan dia. Namun begitu bestie Cuya cuma dapat turunkan 7kg jer, lagi sikit jer nak menang.
Jadi bestie Cuya hadiahkan Cuya Rm50 dalam bank. Alhamdulilah rezeki yang tidak dijangkakan. Walaupun Liza tak menang, tapi banyak juga berat dia turun tu .
Dia masih teruskan cabaran dengan adik2 dia sampai bulan 2. Dia nak capai BMI normal. All the best Liza.
Haruslah kopi ais. Wahhh nikmatnya minum kopi manis.
Segala pujian bagi Allah atas setiap kenikmatan yang Dia kurniakan.
Sekarang cabaran seterusnya untuk Cuya adalah untuk minum air masak dengan kerap dan kurangkan jajan.
Cuya pon nak turunkan berat badan sempena tahun baru ni. Jiayok jiayok!
Apa azam tahun baru korang?


No comments:
Post a Comment