Tuesday, December 16, 2025

Kenangan lalu #CampakBelakang

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Entri Campak Belakang lagi aka Throwback.
Saja throwback sebab nak clearkan galeri.
Cuya nak share gambar tahun lepas Cuya kerja di Malaysia Heritage Studios.

Cuya biasanya akan jaga rumah Negeri Sembilan dan dekat situ ada batik painting.
Disitu juga kenangan kena ganggu dengan monyet durjana. Seram betul sampai kena sorokkan diri dalam bilik gelap, dah tak kira dah ad hantu ke apa. Janji selamat drpd dikokak monyet liar. Hahaha



Antara lukisan batik yg boleh dipilih untuk painting. Rm20 je, lepas kering boleh bawa balik batik tu.

Ni Cuya dapat jumpa adik yang tengah photoshoot untuk Hari Merdeka. Cantik betul pakaian dia



Ni rombongan sekolah cina datang sini. Pastu ada budak cakap cina dengan Cuya, Cuya pon acah2 faham jela sebab Cuya faham la sikit2. Tapi kelakar la sebab tiba dia ajak borak in mandarin 🤣.




Sesi potong topeng. Cuya jaga sini sebab tu kena pantau budak budak ni.








Ni adik cilik pandai dia warna batik, kreatif warna yang dia guna. Ada bakat besar ni.


Antara couple yang purchase batik ni.




Ni Cuya masa siram pokok. Dulu pakai uniform gini, sekarang dah takde uniform ni tapi pakai pakaian traditional. Syarikat pon ada belikan pakaian traditional kalau nak pakai. Seronok lagi pakai pakaian tradisi daripada uniform cuma ada costing jela.


Tu jela nak throwback. Nak godek lagi folder camera kot2 ada gambar yang tak pos lagi, boleh la buat entri. Cuya bukan jenis tulis draft untuk entri, Cuya tulis dan terus post senang takdelah terlupa.

Till then, adios amigos.


6 comments:

  1. sekrg ni cuya masih keje kat sini lagi ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak kerja situ dah, semua tinggal kenangan hehe

      Delete
  2. Best jugak kerja camtu. Dapat jumpa ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya seronok bila ada orang. Kalau takde orang memang bosan, mati kutu situ. Hahaha

      Delete
  3. Mesti tak boleh lupa kena ngurat monyet durjana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takleh lupa detik2 cemas tu. Benci dengan monyet hahaha

      Delete

Followers