Tuesday, December 16, 2025

Rupanya dari kecil aku suka menulis #CampakBelakang

Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥 

Cuya saja skrol folder kamera Cuya, lepastu ternampak gambar kenangan masa zaman sekolah rendah.

Rupanya Cuya dari dulu suka menulis diari. Dan isi diari tu memang lawak la bagi Cuya. Al maklumla, budak2 hingusan. Dengan tulisan penuh cacar marbanya. Tapi Cuya tak malu nak share, saja sebagai kenangan.


Tarikh 21/7/2008 . 17 tahun lalu dan Cuya masih simpan buku diari ni. Dulu Cuya ada sysyok kat classmate sendiri lepastu kantoi sebab bestie Cuya suruh confess kat mamat tu. Disebakan Cuya dipaksa, maka Cuya kenalah tulis surat kat mamat tu. Surat tu berbunyi begini.

" Kau suka siapa?"


Lepastu mamat tu reply balik surat tu.

" Ya aku suka NURNASUHA BINTI MOHD FADZIL"


LAAAA kita tak bertepuk sebelah tangan! HAHAHAH.

Cuya ingat lagi, sampai ke skola menengah dia masih suka Cuya tapi Cuya je dah ada orang lain. Kekekeke 




Masa ni konon jual mahal taknak minat mamat tu. Padahal memang suka kat dia. Kuang kuang kuang 😂 




Petua bibik. Betul la eh, kalau kita Benci seseorang, lama lama jadi Benar Cinta. Sebabtu orang cakap jangan selalu benci orang nanti jatuh cinta. Make sense! Hahahaa


Masa ni dah fasa benci mamat tu la rasanya. Konon dah tak suka tapi senanya suka ajer.
Biasala perasaan turun naik. Hahaha kenangan betul lah. 




Konon dah taknak dia padahal dalam hati ada cinta. Hahahaha


Memang cinta monyet pertama Cuya. Zaman dulu ada Yahoo Messenger jadi Cuya selalu borak dengan bestie Cuya. Gosip2 la kan. Bestie Cuya rapatlak dengan crush Cuya ni sebab tu dia kenen kenen kan.


Seronoklah memori zaman dulu-dulu. Tak fikir masalah apa pon. Nak main main je, nak cinta monyet cinta ajer.

Cuya berterima kasih sangat kat bestie Cuya sebab created good memories bersama. Kalau tak kerana bestie Cuya, mesti Cuya tak berani nak approach crush terkini Cuya.

Crush terkini Cuya pon sama sekolah dengan Cuya dulu. Dia pon belum kahwin tapi hati dia lom terbuka untuk Cuya lagi. Marilah kita ramai2 doa supaya hati dia terbuka untuk Cuya. Aamin

Till then, adios amigos.


2 comments:

  1. Kenangannn mengusik jiwaa la ni he hee
    Ye zaman dulu2 sukaa
    Luah perasaan diatas kertas
    Bila teringattt kelakar pun ada kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa nasib baik Cuya masih simpan kenangan lama. Boleh tengok kebodohan diri sendiri 🤣

      Delete

Followers