Sunday, February 2, 2025

Jalan Melawat Wan

Assalamualaikum Hello Coconuts


Cerita untuk entri kalini adalah gabungan dua hari ya. Gambar sikit, so gabung ajer dua hari senang.



Singgah Jasin sebab plan asal nak pergi Speedmart beli topup.

Nampaklak kedai Takoyaki dengan Teh Ais Derhaka.



Pekena teh ais derhaka... Lama tak minum.
Sedap macam biasaaa. Ada cincau lak tu.


Takoyaki last kopek. Cuya tak dapat beli tapi dapatlah merasa seketul. Sebab kitaorg singgah situ jam dah 6 lebih memang dah habisla citenya.


Singgah speedmart beli seaweed. Cuya suka seaweed ni tapi harga memang mahal la Rm10 lebih.

Untungnya abang belanja. Ngeh3
Sayang abang lebih!

Begini rupa dalam seaweed tu.
Rasa rangup nipis pedas²



Ni cite semalam. Sebelum ni Cuya pergi wedding saudara Cuya pernah dapat goodies bag satu plastik.

Ni pergi rumah dia untuk melawat Wan (nenek), dapat lagi 1 plastik besar. Ya Allah... Memang makan jajan jela kitaorang. Alhamdulillah 





Paling suka jajan ni. Sedap!


Cuya nak letgo Lawak Kampus Kingdom

Rm26 semua free postage.

Kalau berminat wasap.my/60135800776


Masheh!




Mee Bandung Mak Pon

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebelum ni makcik Cuya ada berikan Cuya rempah mee bandung Mak Pon. Sebabnya kitaorang sibuk bercerita pasal mee bandung dekat johor tu. Jadi, bila makcik singgah Jasin dia berikan Cuya 2 bungkus rempah mak Pon.

Cuya pon first time try rempah mak Pon ni. Jadi harini Cuya pon masak mee bandung mak Pon.



Nila rempah Mak Pon. Dengar cerita popular. Tidak ler teman tahu yobb hehe. First time try




Pergi mencari mee Numee Gardenia, takde pulak. So kita pakai la mee sedap ni... Janji ada


Masuk telur dengan sawi, dah siap!

Tak payah tumis apa2


Boleh makan untuk 5 orang guna 1 liter air sahaja

Tapi Cuya takde air rebusan daging, jadi rasa dia kurang la pada Cuya. Kalau ad rebusan daging mesti lagi mantappp


Mee yang dah di rebus air 5 packets.

Ibu cakap 3, Cuya pergi habiskan semua. Pada saya tahuuuu heheeh

Alhamdulillah okayla rasa mee bandung ni, cuma kena tambah daging la baru sedap lagi kan. Takpe Alhamdulillah orang berkongsi rezeki dengan Cuya. Dapat jugak merasa.


Korang masak apa harini?


Followers