Followers

Tuesday, July 2, 2024

Diari Harian Cuya: Quality over Quantity .

Bila dah dewasa ni, aku dah tak ramai kawan.
Kawan semua dah ada kehidupan sendiri.
Aku kat rumah banyak berborak dengan ibu je.
Aku tak kacau kawan aku yang lain sebab memikirkan diorang sibuk bekerja/ uruskan rumahtangga. Sebab pernah aku cuba kacau tapi mesti diorang busy. Sejak tu, aku langsung tak kacau mana-mana kawan aku. Jadi kalau aku tak tegur kau, janganlah ambil hati ya. Aku tak buang kawan, tapi mungkin aku agak menjauh. Aku taknaklah terhegeh-hegeh cari kau seolah-olah mencari hanya pada waktu bosan. Mungkin betullah, aku yang extrovert ni boleh jadi sedikit introvert kadangkala.
Sebab tu aku suka menulis, sebab aku taktahu nak luah kat siapa. Mungkin menulis dapat membantu aku hilangkan kebosanan dan stress.

Aku harap sangat one day aku dapat keluar daripada zon yang aku ada ni. I need some fresh air, nak tengok dunia. Aku pishang r ...

@nacuyaa

Monday, July 1, 2024

Aku dilamun cinta


Harini aku terbaring saja diatas katil
Sambil mendengar alunan lagu di earphoneku.
Tiba-tiba aku tersengih seorang diri.
Teringat akan seseorang yang pernah mencuri hati aku.
Kisah lucu menggamit memori.
Tapi...
Angau ke aku ni?
Aduh...

Parah ni.
Tidak mungkin perbualan aku dengan dia untuk berapa minit mampu mencairkan hati?
Bukan sudah lama aku move on?
Yaa tapi tahun bila?
Jelas sekali aku suka dia!
Cis!

Aku tidak kisah untuk jatuh cinta
Tapi masalahnya ini sudah kali ketiga!
Tetap saja orang yang sama
Aduhh
Kenapa kamu ni??

Tuhan kenapaaa
Kenapa dia?
Kenapa aku jatuh pada orang yang sama berkali-kali Tuhan?

Bukan aku sudah sembuh dari luka,
Aku takut Tuhan...
Takut untuk jatuh cinta,
Kerana pengharapan kepada manusia itu menyakitkan,

Tapi iyaa
Aku suka dia dulu,kini dan selamanya!