Followers

Friday, August 23, 2019

Menulis Untuk Siapa tu?


Assalamualaikum,apa habaq orang kampung Blogger?Harap semua berada dalam keadaan baik semuanya.Harini Cuya akan buat entri pendek je.Maklumlah sis ni tak berapa nak rajin sebab tiada orang nak baca blog picisan macam blog kiter....kekeke

Cuya nak tanya,apa tujuan kita menulis di blog?Untuk siapa dan kenapa?Pernah terfikir tak?
Ada orang menulis sebab nak luah kan perasaan.Kalau dulu-dulu orang rajin buat diari secara atas talian tapi sekarang ramai yang menggunakan platform menulis blog sebagai satu perkara yang penting dalam menyampaikan ilmu kepada pembaca.Tidak juga digunakan sebagai tempat untuk promot bisnes sendiri samada menjual produk2 makanan mahupun bukan makanan.

Blog di jadikan sebagai sesuatu perkara yang perlu dan wajib ada kerana memberi begitu banyak kepentingan.Walaupun kadang-kadang orang macam "Siapa yang baca blog lagi zaman sekarang?".Betul tak?

Kepada siapa kita menulis?Tu bergantung pada kita la.Sama ada kita share blog kita untuk rakan2 sahaja atau orang ramai.Bagi Cuya sendiri,Cuya suka-suka je blogging ni tapi disebabkan Cuya nampak potensi blog ni boleh pergi jauh lagi,mungkin Cuya takkan stop blogging dan menggunakannya untuk join aktiviti blogging seperti segmen atau giveaway.Seronok tau join benda-benda macam tu,daripada kita tak buat apa kan.

Oh ya,kan Cuya cakap haritu Cuya dapat UITM Kota Kinabalu.Hah,Cuya dah minta transfer ke tempat lain.Alhamdulilah berjaya!Terima kasih kepada sesiapa yang dan mendoakan Cuya,i really appreciate.May Allah bless you.

So,kepada blogger lain,jangan berhenti menulis,terus megejar cita-cita dan sentiasa konsisten dengan apa yang korang buat.Korang always the best!

BELIEVE IN YOURSELF CAUSE YOU ARE SUPER AWESOME.



Kita share gambar lama.Al maklumlah gambar baru takde.Kuikui

Terimalah muka separuh merajuk Cuya.Ngeh3

Terima kasih sejuta lemon kerna sudi membaca!


3 comments:

  1. Hye cuya comel. Alhamdulillah, dipermudahkan utk tempat sambung belajar. Study elok2 ya. Klu mcm nur, nur suka blogging sbb nur suka share apa2 yg bermanfaat utk org lain. Wlupun tak banyak, sikit pun jadilah :)

    ReplyDelete
  2. Hai. Lawanya eyeshadow tu. Dah lama usha brand focallure ni. Especially tropical eyeshadow dia :)

    ReplyDelete
  3. Samalah... Hana blogging pun sebab suka-suki ja.. hehe btw good luck on your study ;)

    ReplyDelete