Saturday, February 8, 2020

Segment Blog Review & Cheerful Bloglist By Hana


Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Pemanis kalam awal kata,
Awal bismilah pembuka bicara.

Pergi berdagang ke negeri China,
Dagang dijual pelbagai cara,
Selamat datang ke blog saya,
Jejak ditinggal follow la juga.

Bunga melati bunga seroja,
Cantik juga dipandang mata,
Inilah dia nukilan saya,
Walaupun buruk penuh makna.

Gunung Kinabalu tinggi sekali,
Penat juga untuk didaki,
Wahai teman yang ada disini,
Jemputlah baca kalau sudi.




Kata-kata motivasi yang Cuya wajib ingat.

Hidup kita ni penuh emosi.
Kadangkala kita gembira,kadangkala kita marah..ada masa kita akan bersedih juga.

Atas sebab kecil pun kita boleh gembira.


Atas sebab kecil juga kita boleh marah...

Dan kita juga akan menangis...

Atas perkara kecil yang kita tak pernah fikir...

Walaupun kita bersedih...Allah tetap memberi...


Aku yakin,doa ku tidak pernah dipersiakan...

Allah dah bagi aku macam-macam,nikmat apa yang engkau dustakan?


Maka,janganlah sesekali kau berputus asa dengan Allah.Sentiasa yakin Allah dengar dan akan makbulkan doa kita.
Kalau kita yakin dengan Allah,pasti doa2 kita akan dijawab.

Moga entri kali ini dapat memberi ilham dan motivasi buat anda semua.

P.s-Cuya siapkan entri malam ni juga sebab excited nak beri kata2 sebegini...hehee

Thursday, February 6, 2020

Mendekatimu Dalam Doaku.



Hati ini pernah disakiti,
pernah dilukai,
sehingga kini,
aku masih tidak mengerti,
ujian apakah ini?

Entah sembuh atau tidak,
aku tidak tahu.
Yang aku tahu,
aku rindu kamu.

Disaat berteleku di malam hari,
tidak pernah aku lupa,
untuk menyebut namamu,
Walaupun ku tahu,
kau sendiri tidak pernah cuba mengingati,
diri ini.

Tuhan,
apa Kau dengar isi hatiku?
Yang terus meminta-minta,
dan ku tak ingin berputus asa,
Berdoa kepadaMu adalah keutamaanku,
aku hidup untukMu,
dan aku mati untukMu jua.


Moga satu hari,
kamu yang aku rindui itu,
akan mendengar juga doaku,
moga hatimu turut terkesan,
dengan usahaku,
mendekatimu dalam doaku....


Tuesday, February 4, 2020

Hasil Lukisan Setelah Bertahun Tak Melukis?



Assalamualaikum ,Hello Coconuts!
Malam ni baru nak update,sebab Cuya tengah mencuba untuk melukis.Ya Allah..hasil dia..herm..bole la daripada takde.Kekeke..
Nak tengok?Hah silakan~

Tunjuk ibu lukisan ni,then dia cakap..

"Nak kahwin sangat ke tu lukis bunga mangga? "

sakura la bu!
😂😂
Mother,tell me you were joking right?


Ni baru je buat tadi.I dunno what i was thinking,but i call this Masterpiece!
Kahkahkah..

Just kidding...karuts je masterpiece apanya.

Then tunjuk my father,he was like

"Nanti hantar kat orang putih ,mana tahu dia nak print kan lagi besar "

Ni mesti nak cakap nak jual lukisan aku.
😂😂

So ada lagi lukisan,but..herm entah apa tah hasilnya!

Ni semua lukisan sepintas lalu,i tak serius mana pon..

mana boleh conteng,kita conteng.Warna tercampur aduk pon tak kisah,janji jadi lukisan.

Apa komen anda pula? kekeke


Monday, February 3, 2020

Biar Aku Menangis


Tuhan,
aku penat,
penat dengan dunia,
penat ditertawa,
penat dihina,
pokoknya semuanya aku penat,
Tuhan,
Bawalah aku ke satu sudut,
dimana bisa aku ,
menangis sendiri,
melayan hati yang luka ini,
penuh sengsara,
Tuhan,
bantu aku,
aku tidak berdaya,
biarkan aku menangis,
mengadu padaMu,
kerna Kau Tuhan yang Satu.

Dapat Bungkusan Misteri?

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Tadi masa kat dapur, ayah hulur something kat Cuya.Macam surat,tapi berat isinya.Cuya pon pelik,siapa pulak yang bagi ni?



Dapat buku !
Oh..baru Cuya ingat,ni mesti bungkusan daripada terbitan buku PTS.
Cuya sebenarnya dah lama tunggu,baru sekarang sampai.Alhamdulilah sampai juga hadiah...


Surat daripada PTS.


Thanks PTS!
Dah lama setia dengan PTS. hehe

Dulu2 rjin masuk pertandingan dia...gigih tau mengarang komen-komen untuk kejar hadiah.Banyak hadiah buku dapat.Seronok!
Sekarang dah tua ni..takde rajin nak up to date dengan berita terkini...hehehe








Followers