Thursday, January 22, 2026

Suplemen Lavva Skin dan Yolla

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebelum ni Cuya ada mention, hadiah duit yang Cuya dapat hasil daripada komen blog AbeKie Cuya dah guna untuk beli suplemen kesihatan.

Jadi Cuya ada survey di internet dan terjumpa suplemen minuman ni. Jadi saja je mencuba.

Minuman ni semua suplemen berperisa dan dia ada pelbagai perisa


Perisa pertama Cuya cuba adalah perisa beri campuran. Rasa dia sedap, rasa buah buahan beri. Dia takde gula putih jadi ianya tidak menggemukkan dan selamat untuk diminum.

Yang bestnya minum ni Cuya senang lawas. Asal minum je senang membuang.


Ni Cuya screenshot daripada kedai TikTok.
Dalam minuman ni ada ala botox untuk tegangkan kulit. Cuya baru botol pertama minum.

Cuya start minum masa 5 Jan. Setakat ni belum nampak sangat perubahan dari segi kecerahan kulit walaupun antara function dia untuk dapat kulit yang cerah.

Nanti bila Cuya dah consume lama baru Cuya share muka Cuya before and after consume.


Suplemen kedua ni pula nama dia Yolla Matcha. Memang rasa matcha yang kat kedai punya. Tersangatlah sedap! Cuya dah repeat kali kedua.

Yang matcha ni dia boleh mengenyangkan. Pon mencerahkan kulit . Tapi macam Cuya cakap, terlalu awal untuk Cuya tengok hasilnya.

Sebab keberkesana suplemen ni berbeza untuk setiap orang. Takpe kita usahakan. Walaupun Cuya berangan nak cerahkan kulit sebab muka Cuya dah gelap.

Sedang cuba dapatkan warna kulit asal Cuya. Tangan Cuya cerah, tapi mukalak gelap. Parahhh heheh


Yolla matcha bagus untuk kulit muka berjerawat, ada tiny bumps ke kan . So sesuai la untuk Cuya sebab muka Cuya pon jenis muka ada jerawat sikit2.

Minum ni Cuya tak membuang. Yang penting rasa dia macam kat kedai. 
Minum dengan ais pon tak jadi masalah.


Seterusnya Yolla Buttercream Latte Coffee. Minum kopi pon sekarang dah boleh jadi suplemen tau. Rasa dia lemak berkrim, memang sedap . Function dia pon untuk mencerahkan. Function lain Cuya tak jumpa di TikTok sebab dia nak discontinue produk ni. Alhamdulilah sempat juga Cuya merasa.

Pokoknya tiga2 ni memang function untuk mencerahkan kulit. Orang sekarang kan suka kulit cerah. Standard beauty kat Malaysia gitu ler ekk, nak cerah baru cantik.
Padahal muka kalau cantik, ko gelap ke putih ke tetap cantikkan?



Ni lak suplemen gluta plus untuk cerahkan juga parut2 jerawat. Live host kata kalau amik suplemen minuman dengan gluta ni kesan dia lagi senang nak cerah.

Taktahu ler Cuya baru nak cuba . Cuya makan gluta plus ni 20/1/26.

Kita nak tengok sejauh mana keberkesanan dia untuk hilangkan parut jerawat Cuya.


Skin booster ni pula dapat free. Tapi Cuya belum try lagi.

Function untuk baiki kulit, cerahkan dan lembabkan.

Pakai sekali sehari je. Malam karang Cuya baru nak cuba. Dia kena campur dengan moisturizer.

Nanti kalau berkesan Cuya akan share gambar sebelum dan selepas consume .

Setakat ni Cuya ada 6 botol suplemen air sebab baru topup.

Ni awal bulan 2 akan ada perisa baru iaitu Pistachio dengan kurma jadi Cuya simpan duit untuk try perisa baru 

Harga sebotol ni tak mahal pon, dalam Rm30 gitu jer. Okay la affordable la kan .

2 botol tahan untuk sebulan. Tapi kadang Cuya terlebih bancuh so cepatlah habis.
Tapi Cuya minum 2 scoop Laluna pagi, 2 scoop Yolla Latte petang, 2 scoop matcha malam.

So sehari 3 kali paling max boleh minum.
Kalau minum lebih2 takut tak berkesan lak.

Pape kalau berkesan Cuya update lagi disini.

Ikutkan dah 18 hari Cuya consume . Masih terlalu awal untuk menilai.

Moga2 berkesan la untuk dapat kulit yang lebih sihat.

Till then, adios amigos 👋🏻 










3 comments:

  1. yg penting, make sure ada KKM esp kalau bentuk pills tu...

    ReplyDelete
  2. wahh ada yg bantu lawas jugak ehh. boleh try ni. kita jenis selalu sembelit. haru betul. semoga cuya makin cantik berseri nanti. dah nak raya ni kan hehe

    ReplyDelete

Followers