Wednesday, January 28, 2026

Makanan Harian

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Kemain susah ler nak update blog je pun. Kitonyo takde idea nak tulis entri gapo. Tudioo kecek kelate sokmo! 😂 

Gambar bawah ni adalah gambar beberapa hari lepas.



Cuya masak Ayam Masak Lemak bersama tomato.

Menu simple2 je as requested by ibu.
Biasa Cuya masak apa yang direquest je. Ikut tekak ibu dengan bahan apa yang ada di dapur.


Hari seterusnya beli breakfast ramen untuk Cuya. Memang rare breakfast Cuya. Ibu dengan ayah makan Mee Kari dengan Laksa.

Cuya of course nak benda lain daripada lain. Lepastu Cuya repeat Cheesekut Mini Rm1.50 sebab peminat Cheesekut. Heheh



Hari seterusnya bakar kuih frozen dalam air fryer. Kebetulan beli kuih frozen sebab kawan ibu datang ziarah dia. Senang order kuih dengan senior Cuya yang duduk berdekatan dengan rumah Cuya. Whatsapp je untuk order, senang zaman sekarang ni.




Harini minum kopi ais. Sedapp sejuk di tekak. Cuya memang pencinta kopi. Asal ada kopi di rumah, wajib la buat. Hehe


Harini makan nasi goreng cili padi yang semalam Cuya masak. Dan ada juga masak sup sayur ayam harini.

Alhamdulilah untuk semalam dan harini.
Cuya ni tak mampu nak jadi anak yang terbaik buat ibu ayah. Setakat bantu sikit sikit tu boleh lah. Tapi Cuya harap dengan asbab Cuya tolong parent Cuya, hidup Cuya lancar dan sentiasa dipermudahkan urusan.

Cuya tak sempurna macam orang lain. Cuya banyak kekurangan. Cuya cuma harap dengan hidup bersama parent ni akan menjadi penyebab juga untuk Cuya masuk ke syurga dengan mudah walaupun tidaklah semudah yang kita sangkakan.

Syurga bukan percuma, ada bayarannya. Nak syurga, kenalah lalui ujian dunia tak gitu?

Semoga kita semua mendapat syurga Firdaus. Aamin ya Rabb.

Till then, adios amigos 👋🏻 

No comments:

Post a Comment

Followers