Friday, January 2, 2026

Tahun Baru dan Kedai Mamamidah

Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥 

Happy new year!
And happy birthday kepada sang rembulan yang namanya tertulis dalam doaku. Gitchuuu 💗🤭


Walaupun orang tu tak baca blog Cuya, takpe kita tetap wish dalam diam dan dalam doa.

Bagaimanakah tahun baru anda semua? Semoga semuanya baik baik sahaja. Cuya nak update sikit hari sebelum tahun baru Cuya ada keluar dengan ibuayah membeli barang.

Cuya ke Umbai, mencari dodol. Handphone takde internet, so mencari guna cara old
school, drive je kereta tu sampai jumpa kedai yang jual dodol tu.

Maka kami singgah la ke kedai MAMAMIDAH. Sebelum ni abang Cuya pernah belikan dodol daripada kedai ni. Memandangkan maklong Cuya balik ke Jasin, jadi ibu nak belikan buah tangan untuk makcik Cuya .


Ni serious sedap. Dulu zaman Cuya degree pernah beli sekali. Terjumpa lak dekat kedai Mamamidah ni, kita pon masuk dalam bakul.

Kebetulan pula masa ni, dua orang abang Cuya datang rumah. Diorang nampak je cornflakes, terus ngapp dalam mulut sampai tinggal sikit je. Cuya perhati je diorang makan tak henti henti, memang habis ler jawabnya. Takpela, benda pon memang bikin ketagih makan.

Nampak tak dia tulis ADUCKTIVE ( addictive) yang membawa maksud ketagih. Memang abang2 Cuya sedap ler ngap sampai habis. 🤣. Takpela rezeki diorang. Nasib baik Cuya dah makan sikit.


Pastu ibu belikan bahulu untuk maklong, cousin Cuya dengan nenek sedara . Lembut bahulu ni, sedap .


Beli asam ketuk, baru berangan nak makan tapi ibu suruh bagi pada Busu kat rumah sebelah. So bukan rezeki Cuya nak merasa. Tahu tadi amik lebih 😂


Wajik untuk maklong. Yang ni Cuya takde rasa sebab ibu tak beli untuk rumah.

Pastu ada beli dodol pandan dengan dodol durian. Tak sempat amik gambar.


Moga tahun baru ni akan jadi lebih bermakna. Untuk tahun baru ni Cuya nak fokus kepada kesihatan diri dan perbaiki diri sendiri sama ada dari segi perwatakan, kerajinan dan konsisten dalam dunia blog inshallah.

Sekali lagi, Selamat Tahun Baru!





23 comments:

  1. banyaknya stok kudapan di rumah cuya! Sama la abe kie pun buat stok kudapan utk dimakan bila stress. Happy New Year!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tak.. ni untuk beri pada orang. Hehe
      Happy new year too! 🎇

      Delete
  2. Selamat tahun baru cuya. Semoga yang baik2 je untuk kita semua.

    ReplyDelete
  3. Selamat Tahun Baru Cuya!
    Macam² yg dibeli tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru kak!
      Ya banyak jugak hehe

      Delete
  4. Aamin..selamat tahun baru Cuya.. ya cornflakes tu memang tak sedar kalau makan.. tapi nak beli selalu pun, erkkk.. tercekik harga nya.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru kak
      Ya mahal kan harga dia sebab salted egg

      Delete
  5. yg salted egg cornflakes tu saya pernah makan. ketagihh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Abang2 Cuya membuktikan ketagihan tu hahaha

      Delete
  6. Doa yang baik pasti Allah kabulkan..kita mahu yang baik2 cemerlang Dunia Akhirat.Aamiin..

    ReplyDelete
  7. Macam² yang nak diberi pada saudara mara ya.
    Asam ketuk/gambir tu macam unik je.

    ReplyDelete
  8. Omg spicy salted egg itu confirm memang buat ketagihan 🤣🤣🤣. Segala sesuatu yg pakai salted egg pasti sedaaaap kan 😍😍😍👍

    ReplyDelete
  9. Tak jumpa kudapan ketagih itu di sini. Akak suka kalau dapat pergi kedai jual banyak produk IKS macam Cuya pergi ni. Semoga yang baik-baik untuk Cuya di tahun baru 2026. Bagus Cuya, fokus perbaiki diri. 💪

    ReplyDelete
  10. yang salted egg tu sedapnya cuya

    ReplyDelete
  11. Asam ketuk tu ..memang ralit laa kalau makan ..

    ReplyDelete

Followers