Tuesday, December 16, 2025

Rupanya dari kecil aku suka menulis #CampakBelakang

Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥 

Cuya saja skrol folder kamera Cuya, lepastu ternampak gambar kenangan masa zaman sekolah rendah.

Rupanya Cuya dari dulu suka menulis diari. Dan isi diari tu memang lawak la bagi Cuya. Al maklumla, budak2 hingusan. Dengan tulisan penuh cacar marbanya. Tapi Cuya tak malu nak share, saja sebagai kenangan.


Tarikh 21/7/2008 . 17 tahun lalu dan Cuya masih simpan buku diari ni. Dulu Cuya ada sysyok kat classmate sendiri lepastu kantoi sebab bestie Cuya suruh confess kat mamat tu. Disebakan Cuya dipaksa, maka Cuya kenalah tulis surat kat mamat tu. Surat tu berbunyi begini.

" Kau suka siapa?"


Lepastu mamat tu reply balik surat tu.

" Ya aku suka NURNASUHA BINTI MOHD FADZIL"


LAAAA kita tak bertepuk sebelah tangan! HAHAHAH.

Cuya ingat lagi, sampai ke skola menengah dia masih suka Cuya tapi Cuya je dah ada orang lain. Kekekeke 




Masa ni konon jual mahal taknak minat mamat tu. Padahal memang suka kat dia. Kuang kuang kuang 😂 




Petua bibik. Betul la eh, kalau kita Benci seseorang, lama lama jadi Benar Cinta. Sebabtu orang cakap jangan selalu benci orang nanti jatuh cinta. Make sense! Hahahaa


Masa ni dah fasa benci mamat tu la rasanya. Konon dah tak suka tapi senanya suka ajer.
Biasala perasaan turun naik. Hahaha kenangan betul lah. 




Konon dah taknak dia padahal dalam hati ada cinta. Hahahaha


Memang cinta monyet pertama Cuya. Zaman dulu ada Yahoo Messenger jadi Cuya selalu borak dengan bestie Cuya. Gosip2 la kan. Bestie Cuya rapatlak dengan crush Cuya ni sebab tu dia kenen kenen kan.


Seronoklah memori zaman dulu-dulu. Tak fikir masalah apa pon. Nak main main je, nak cinta monyet cinta ajer.

Cuya berterima kasih sangat kat bestie Cuya sebab created good memories bersama. Kalau tak kerana bestie Cuya, mesti Cuya tak berani nak approach crush terkini Cuya.

Crush terkini Cuya pon sama sekolah dengan Cuya dulu. Dia pon belum kahwin tapi hati dia lom terbuka untuk Cuya lagi. Marilah kita ramai2 doa supaya hati dia terbuka untuk Cuya. Aamin

Till then, adios amigos.


21 comments:

  1. Kenangannn mengusik jiwaa la ni he hee
    Ye zaman dulu2 sukaa
    Luah perasaan diatas kertas
    Bila teringattt kelakar pun ada kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa nasib baik Cuya masih simpan kenangan lama. Boleh tengok kebodohan diri sendiri 🤣

      Delete
  2. Huish bertukar-tukar perasaan, dia pula tidak suka sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah zaman skola rendah punya cerita. Naik skola menengah dah takde perasaan dah kat mamat tu, kita move on

      Delete
  3. Kenangan betul tu Cuya.... Tapi kadang2 kalau baca semula memang kelakar dan rasa happy. Kak LeYa pun ada simpan juga penulisan2 lama. Pernah tunjuk pada suami, dia pun ketawakan... Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann rasa kelakar penulisan dulu2. Terasa ikhlas dan naif betul dulu2. Memang kenangan hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Semoga berjodoh dengan orang yang tepat buat Cuya. Taknak dah cinta main2 ni. Hehe

      Delete
  5. wah teringat akak zaman sekolah bila crush yang kita suka rupanya mempunya perasaan yang sama. Tapi bila habis sekolah semuanya tinggal kenangan sebab tak pernah jumpa lagi. Akak pun dulu rajin juga tulis diari. Kena marah dengan mak pun tulis sekali kantoi dengan adik dia gelakkan . Sabo je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan semua tu kan...
      Tula dari kecik suka menulis sampai ke dewasa ada diari online hehe

      Delete
  6. Hehe . Kenangan sungguh ye... BENCI tu benar cinta eh bahasa budak budak.. oooo.. baru tahu ni 😁🫣

    ReplyDelete
  7. Wah wah masa sekolah dah ada yang minat ya?. Moga baik2 ajer Cuya....terbukak hati yang tertutup itu untuk Cuya ya. Cite mula2 benci, lama2 suka tu contohnya citer Ali Setan....alaaa setan setan pun lama2 tersuka pulak ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga lepas ni jatuh cinta pada yg tepat saja, taknak buang masa bercinta dgn org yg salah lgi

      Yalakan cite ali setan tu legend hahaahah

      Delete
  8. amboiiii kemain lagi yaaaa
    kira sesi curhat dalam bentuk tulisan laa yaaa ;-)

    ReplyDelete
  9. hahahahaahaaaa~ Cuya, kita geng. Dari kecik dah ada diari. Gitulah~

    ReplyDelete
  10. Ammi masa sekolah rendah tak pernah pun wujud suka kat org tu org ni. Tau nak mainnnnnn je

    ReplyDelete

Followers