Wednesday, December 17, 2025

Rezeki Harian

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Bosan tengok reading list, takde orang nak update entri baru ke? Cuya ternanti-nanti entri korang tau sementara Cuya ada masa free ni nak lah blogwalking.


Ni cerita semalam beli lagi Char Kuey Tiow dekat pekan Jasin. Untuk Cuya beli CKT kerang jadi Rm8. Dia lebih berasa daripada CKT biasa. Memang lain sikit. Semalam lak hujan, Cuya je customer yang order. Sian peniaga tu. 

Dengan anak-anak dia pon teman dia niaga. Kecik2 dah kena datang kedai, nasib baik dah nak cuti sekolah.

Ni cerita harini. Cuya masakkan nasi goreng. Rumah ni asalkan ada lebihan nasi je memang jadi nasi goreng la citenya.

Nasi goreng dan kami berpisah tiada. Hehe

Minum juga sekole kopi stevia. BTW, harini hari terakhir iaitu hari ke 100 Cabaran Kurangkan Gula Cuya. Yeyy esok boleh celebrate!

Pastu Cuya teman ayah pergi DIY sebab nak beli Electric Thermo Flask untuk kegunaan rumah.


Ni jenama DIY. Harga Rm119. Baru nak mencuba guna. Harap boleh guna lama.


Pastu harini keluarkan Cuya mekap, ayah kata rupa Cuya dah macam opera cina . HAHAHAHA

Pastu Cuya cakaplah, Ayah je tak pernah nampak orang mekap gini. Saja je ayah nak cari pasal dengan Cuya.

Mekap Cuya dah sehabis comel tau. 😂 Biasalah orang lelaki tahu apa pasal mekap kan? Yang penting kompiden kena ada. Orang ngata kita, kita tak peduli.


So macam mana dengan hari Rabu korang?
Tolonglah update entri banyak sikit guys, Cuya nak komen ni. Hahaha



8 comments:

  1. Pi blogwalking blog akak mana tau rezeki boleh dapat top komentator bulan ni 😄. Wahhh tahniah dah berjaya capai 100 hari tanpa gula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dah komen dah kat blog akk.
      Bukan tanpa gula, kurangkan gula je hehe

      Delete
  2. 100 hari tanpa gula..wah..chaiyok..keepnit up..jgn over celebrate ye

    ReplyDelete
  3. mana gambar muka cuya lps make up tuuuu

    ReplyDelete
  4. Akak pun baru nak tanya, tak selfie ke, nak tengok juga. Hehe.. takde entri baru di blog akak. Sehari sekali je. Nak balas komen entri lama pun tak siap² lagi. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde selfie, lupa nk selfie.
      Rajin akk bls komen ya

      Delete

Followers