Tuesday, March 11, 2025

Shopping Raya

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


It's time for Cuya shopping raya! Cuya dengan ibu ayah memang takde tema raya jadi sesuka hatilah Cuya nak beli baju apa. CUya pon tak fikir nak tema apa, just randomly pilih.

Jadi Cuya pon skroll la shopee cari baju. Dekat titkok harga semua beratus.Aduh mati lanak baju raya mahal amat. Pakainya sesekali je. Jadi Cuya ikhtiar cari di shopee baju yang murah2.

Skroll punya skroll jumpa akhirnya!  Murah je bajunya, Cuya beli kebaya daripada Indonesia. Baju tu takde tulis ukuran, CUya agak2 je dengan saiz Cuya. Kalau yang sampai besar sikir takpe, jangan terlebih kecil pulak, lagi tak muat nak pakai . Aiyoyo

Ni Cuya tengah menanti kehadiran baju Cuya la ni. Tak sabar nak cuba! Hehehe .Harapnya tema tidak terlalu awam warna dia ya... Jangan pergi sini sana semua pakai warna  sama. Btw, Cuya warna maroon merah gitchu... Baru la garanggg...kekeke

Lepas dah beli baju tu, bab tudung tu Cuya try la cari tudung matching dekat gerobok Cuya. Harap ada yang sesuai, malas nak cari tudung lain.

Now, mekap pulak. Order Cuya dah sampai harini. Mari kita tengok~


Beli Lipgloss dengan mascara.
Mascara ni first time nak try daripada jenama Kevin and Coco. Biasa Cuya beli eyeshadows dia je


Banyak ni cuma RM20 je.. Sebab Cuya beli return parcel, so dia murah la. Kalau tak lagi mahal  harga dia


Mascara ni ada warna coklat dan warna hitam. Tak try lagi, tapi tengok feedback macam best.
Mascara ni RM10 je. Murah2 jer


Mata kiri pakai mascara coklat.. not bad. Kena tambah layer lagi ni




Next, Cuya beli perfume. Al kisahnya masa makan iftar bersama family Cuya, anak buah Cuya ni bau wangi je bila dekat dengan dia. Jadi Cuya pon tanya pakai perfume apa, sedap bau dia.

Rupanya perfume dia  adalah perfume  yang Cuya kena battle sebab stok selalu takde. Jadi kebetulan semalam masa Cuya tengok tiktok perfume tu, stok baru restock. Cuya apa lagi grab la dua.

Alhamdulilah dapat la tapi tengah tunggu sampai rumah.

Tak sabar nak tunggu 2 parcel ni sampai rumah. Setakat ni tu jela beli. Beli benda yang rasa pakai dulu, yang boleh beli kemudian nanti kita fikirkan lain hari.


Korang dah shopping raya lom?









16 comments:

  1. Akak tema maroon jugak. Baju kenduri anak buah nikah bulan 11 tahun lepas. Baru sekali pakai repeat jela pakai raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya pon ada baju baru beli, nanti boleh repeat jugak pakai... jimat pakai banyak kali

      Delete
  2. Saya belum shopping untuk diri sendiri. Anak-anak dan isteri sudah settle. Hehe.. Biasalah bapak tenang ² je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bapak2 memang paling tenang di dunia ini XD

      Delete
  3. Belum lagi shopping raya.
    Mood belum sampai hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah nak dekat raya baru sampai tuu hehe

      Delete
  4. Alhamdulillah setel dah, tunggu raya je ni ahak 😆

    ReplyDelete
  5. MZ dh siap shopping raya..rasanyaaa....tp nak kena beli bj kasual utk my boys plak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah ibu Cuya pon kalau untuk abang2 dulu2 pon belikan baju jalan kasual
      yalah orang lelaki mana pakai baju melayu sangat

      Delete
  6. Ammi pun x beli tudung raya, pakai jelah apa yg ada yg boleh matching dgn warna tema

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula... nak pakai apa ada je, malas nak beli tudung sebab dah ada banyak

      Delete
  7. Hamboiii... mekap raya pun ada ya.
    Akak belum shopping lagi lah Cuya. Mood tak sampai lagi.
    Camno nih haishhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh mesti ada.. eheks..
      Nanti dah nak dekat bahang raya tu ada lah nanti moodnya XD

      Delete
  8. aaa bestnya. raya dapat shopping mekap sekali. kite rasa, kita tak dan fikir mekap. haha guna apa ada saja. order baju raya semua shopee je. hahahah

    ReplyDelete

Followers