Assalamualaikum Hello CoConuts!
Harini parcel sampai 3 sampai. Dua hadiah daripada blogger, satu lagi karpet raya ibu beli untuk rumah.
Beberapa hari lepas Cuya dengan ibu asyik nonton live karpet tiktok. Daripada hari ke hari, akhirnya beli juga karpet raya.
Dia datang dalam gulungan kecik ni.
Bila bentang besar lah saiz dia 6XL ( 200 cm x 300 cm)
Ibu beli dua. Dalam live nampak cerah warna dia, bila sampai agak pudar.. Tapi takpe, padan je dengan langsir kami.
Mak2 memang suka design bermotifkan ala Turki. Jadi r tu ada karpet raya, karpet lama kitaorang dah buang.
Karpet ni jenis velvet, senang nak sapu dan senang buang habuk. Dia juga anti slip jadi takdelah licin.
Harga pon murah je berbanding karpet Dubai.
Ibu siap usha sarung kerusi juga semalam. Beriya suruh Cuya search kt shopee. Macam-macam pula nak dibelinya hahaha
Layankan ajerrrr. Asalkan happy
Mudah betul zaman sekarang kan karpet pun beli online je tak payah pi kedai.
ReplyDeleteYa, zaman sekarang apa je tak jual online. Dah la lagi murah daripada kedai, untung beli online cuma tu la tak dapt tengok depan2. Amik risiko sikit
DeleteSebab ammi dekat dgn Nilai maka hujung tahun lepas dapatlah ammi beli 2 carpet size besar. Dan baru ni kedai carpet tulah yg terbakar
ReplyDeleteSenang kedai dekat boleh tengok depan mata lagi best... tapi nilai sekarang tak ramai orang kan pergi
DeleteBeli carpet online ni jimat masa dan tenaga hahahaa..
ReplyDeleteHabis la ibu dah terjebak dgn online shopping hihi ...
ReplyDeleteCantik karpet tu. Seronok ada item baru, rasa lagi meriah la raya kan...