Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Bulan puasa adalah bulan yang bukan kita duduk diam je. Macam Cuya harini dah kena pasang langsir. Bercinta ler nak pasang langsir sebab kita punya langsir jenis lama kena masuk besi. Tu pon baru pasang satu dekat sliding door. Pasang sikit-sikit.
Togel dah pintu sliding
Cuya pakai langsir jenis masuk besi. Tu amik masa nak pasang langsir. Menangis la hai
Dahlah kena gosok, pastu masuk besi lagi. Siap dapat bebelan daripada ibu lagi hahaha XD
Orang nak pasang langsir je buu, janganlah bebel kat kita. Puasa ni haha
Mak-mak memang tak sah kalau tak bebel, penat nak dengau =P
Petang lak masak untuk buka. Ibu masak nasi goreng, Cuya masak sambal tempe dengan sup sayur.
Masak simple je sebab makannya berdua. Ayah berbuka dekat masjid
Proses memasak sup sayur
Hasil sambal tempe. Teringin makan sambal tempe sebab nampak Kak Suria Amanda share dekat blog.
Kita pulak memang suka sambal tempe. Ni kali pertama masak sendiri
Bahan-bahan :
Bawang merah 3 ketul
Sambal blend
Tempe
Ikan bilis
Gula Melaka
Garam
Asam keping kecik je
Sup sayur dah siap. Pakai sayur kobis je dan hirisan ayam
Ibu kata "Apa kadun asik tangkap gambar je"
Dia taktahu ke anak dia blogger acah retis. Hahaha
Cuya cakap la, mestilah sebagai ingatan Cuya memasak harini
Tadi baru siapkan tempahan keychain.
Comel tak?
Ni mushroom
Sesiapa yang nak order bolehlah pm Cuya. Harga murah-murah sahaja.
Mari sapot small bisnes saya hehe :D
No comments:
Post a Comment