Followers

Monday, April 8, 2024

Jadilah Raya Kalini~

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Alhamdulilah, nampaknya esok hari terakhir untuk kita sebagai umat Islam berpuasa. Moga Ramadan kita pada tahun ni membawa manfaat yang paling bermakna buat kita semua. Dan moga puasa dan ibadah  kita diterima oleh Allah dan bakal menjanjikan syurga yang abadi untuk kita dan semua umat Islam.


Ni raya pon pejam celik pejam celik je ni, tuptup orang dah bertakbir. Selamat Hari Raya in advance kepada semua pembaca blog Cuya! Seronoklah ya nak raya? Korang kuih raya dah buat belum, ke pakai kuih tunjuk macam Cuya? Ehehehe

Cerita pasal kuih, Ibu Cuya dah beli dah macam-macam kuih. Harga kemahen mahal ya kuih raya tahun ni. Tutup mata je la masa bayar. Nak buat cam mane, kita pon nak hidang tetamu dengan kuih raya. Sebab family Cuya bukan jenis nak memasak untuk semua orang sebab kita pon tak cukup tangan. Yang datang pula ramai, memang idok ler Cuya nak bersilat kat dapur. 

Sesetengah orang dia boleh masak dalam kuantiti banyak kan,  kitaorang paling2 kalau nak hidang pon nasi empit, kuah kacang dan rendang.

Cuya kalau boleh booking hotel masa raya, lebih rela tidur hotel dengan family. Kadang2 raya ni pon memenatkan ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Bukan tak suka orang datang, tapi bayangkan la....

Cuya berdua dengan ibu, tetamu yang datang tu family besar. Lepas satu family, datang family lain. Wehh tak terlayannn . Kita pula family semua jenis duduk dekat2 je satu kampung.

Cuya la hidangkan kuih, Cuyalah hidangkan air, Cuyalah cuci pinggan.. dah kita je anak perempuan. Niaya pak karimmmm.. HAHAHHA Best kalau kakak ipar Cuya ada, baru ringan sikit beban.

Siapa-siapa yang pernah merasa situasi macam ni, faham ler maksud Cuya kan.


Okay, papepon Cuya nak share kuih apa ibu beli tahun ni.



Tudiaaaaaa


Muruku  Pedas dan Cheese






Kuih Ros


Rempeyek


Samperit


Tart Nenas dan Biskut Kelapa


Nuttela Pod

Yang ni Cuya order. Dah rasmi dah.. hehe


Chocolate Chips Macadamia

Cuya yang jadi si tukang pick up kuih2 ni. Bila Cuya amik kuih2 ni, Maklong Cuya pon bersuara

"Jadilah rayaaa"


Pastu nenek sedara Cuya pon cakap

" Jadilah rayaaa"


Semua duk cakap benda samaa..  Tu yang jadi headline post harini. Hhahahha


Pastu Cuya repeat beli coklat arab ingatkan nak bagi anak buah rasa.


Sedap! Beli pon ada dapat diskaun...

Ayah Cuya dah rasmikan coklat ni. Dia memang... laju  jer!

Asik suruh Cuya buka kotak ni sebab dia nak makan. Hahaha


Esok nak mulakan misi blend lada dan kacang.


Korang lak cane? Apa preparation raya kali ni? :D


39 comments:

  1. Selamat Hari Raya Cuya.. Akak tinggal di kampung.. waktu tokki ada memang ramai orang datang rumah, setiap hari selama seminggu orang datang berkunjung.. lepas arwah tokki dah xde, kurang org dtg.. hanya hari raya pertama shj yg ramai.. bila arwah ayah pula xde, hanya bbrp keluarga shj yang datang.. dan akak sendiri pun dah jadi xbersemangat untuk meraikan tetamu... che juga bukan jenis banyak bicaranya maka sedikitlah tetamu yang datang ke rumah kami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak . Samalah kita kak, bila arwah nenek dah takde, kurang orang datang menziarah

      Delete
  2. meriah betul kuih raya dia. selamat hari raya cuya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah hehe.. Selamat Hari Raya kak :)

      Delete
  3. selamat hari raya cuya...insya-Allah, raya memang jadi...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak linda.. memey jadi ni xD

      Delete
  4. selamat hari raya, sis cuya !! zaty and family pun beli je kuih. heheheheh. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya dear! Geng la kiterrr ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

      Delete
  5. Mat Ri Ye, cuya!
    Rempeyek tu sekejap je uncle habiskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Ri Ye uncle! Betul rempeyek tu sekejap je lesap..hehe

      Delete
  6. Raya pertama umi masak nasi minyak
    Rabia tolong umi jgk di dapur
    Raya kedua order je satay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah rajin umi Rabia masak nasi minyak...
      yang penting Rabia dapat tolong kann

      Delete
  7. Selamat Hari Raya Nasuha..meh la dtg rumah raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya cikgu! Masheh jemput..ehehehe

      Delete
  8. Banyaknya kuih muih. Biasa melalui suasana sibuk tu. Barulah meriah raya orang datang ramai-ramai.

    Selamat Hari Raya Cuya.
    Maaf Zahir & Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya kak... Maaf zahir batin juga :D

      Delete
  9. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir dan batin jugaaa

      Delete
  10. waahhhh meriahnya kuih raya Cuya! Ana sempat buat 2 jenis je & yg lain tunjuk jugak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann semuanya tunjuk je mampu.. heheheheh

      Delete
  11. selamat hari raya cuya. biasanya akak suka raya, tapi tahun ni terasa letih. akak cakap mujur raya setahun sekali je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama Hari Raya kak... ya, kadang2 penat jugak dengan raya.. hehe

      Delete
  12. Taqabbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  13. Meriahnya persiapan raya Cuya. Selamat Hari Raya Cuya, maaf zahir & batin ✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin juga :D

      Delete
  14. Replies
    1. Sedapp.. tapi yang tebal lagi sedap.. tu nipis sikit

      Delete
  15. selamat hari raya Cuya..maaf zahir&batin
    banyaknya kuih raya,senang tunjuk-tunjuk je kan..akak pun tak buat langsung kuih raya tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya kak, maaf zahir dan batin jugaa..
      Senang kak, tunjuk je semuaaa hehe

      Delete
  16. Cuyaaaa, saya belum ucapkan hari raya. Maaf lahir batin cuya. Mungkin ada salah2 kata dari saya dlm komentar, tolong maafkan yaa ๐Ÿ™.

    Kita samaaaaa, main tunjuk saja lah kalo masalah kue raya. Tak mungkin saya buat sendiri hahahah. yg ada keracunan tamu2 yg mencoba ๐Ÿคฃ

    Dan saya pahaaam sangat rasanya melayani banyak tamu tanpa henti. Dulu zaman tinggal dengan mama sempat rasakan begitu. Tapi bersyukur ada asisten rumah yg bantu..skr ini, saya memilih pergi dari rumah saat raya, tapi untungnya banyak saudara yg mudik selama raya. Jadi tak banyak juga tamu yg datang ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga kak fanny! Hehe... Mohon maaf juga atas segala kesilapan yang sedar mahu pun tidak..
      Iya, penat layan tetamu hehehhe Adik beradik lain tak balik rumah, tu yang penat kalau nak melayan sendiri

      Delete
  17. Macam saudagar kuih raya!

    SHRMZB cuya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua kali uncle komen yaa... Mat ri ye gak uncle! xD

      Delete
  18. biskut raya mmg semua naik harga kan. seap2 semua kuih raya dan yg paling best coklat raya cuya tu

    ReplyDelete