Sunday, September 20, 2020

Menang Giveaway Sejak Kembali Galak


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Baru-baru ni Sis Syazni Rahim  ada buat giveaway yang sangat singkat. Hok Aloh! Jadi Cuya mengambil peluang ini untuk join. Caranya mudah, cuma perlu komen je dekat entri sis syaz yang lama2.
Alhamdulilah Cuya menang! 



Nak tahu Cuya komen apa?

Mari Cuya kongsikan sebagai kenangan....



Bunga seroja bunga melati,
Cantik sungguh dipandang mata,
Guguman comel idaman hati,
Moga menjadi penyeri keluarga.

Katak sakan gelak ketawa,
melihat kerbau membaca berita,
Inilah dia permata syurga,
Guguman segak pembawa ceria.


Entri 2 

Hai Adam pujaan mama,
Moga membesar dengan baiknya,
Jadi anak soleh dan berjaya,
Di Dunia dan Akhirat jua.

Duhai Adam anak mama,
Cepat sungguh kau membesar,
Dulu kecil sahaja tapak tanganya,
Sekarang kau makin dewasa.

Adam sayang si mama,
Jadilah seorang yang bijaksana,
Membesarlah dengan mulia,
Mama doakan kamu bahagia.

-Dari Mama (luahan hati sis Syaz...heheh )


Entri 3


Adik Adam,
Saya punya satu pesanan,
Dah besar nanti,
Jadi Guguman sejati,
Yang menjadi ibu dah ayah,
Yang memberi seribu satu ceria,
Yang hidup penuh makna,


Duhai Adam,
Kadangkala dunia kejam juga,
tapi saya percaya,
Adam mampu menghadapinya,
Hadir ibu dan ayah menemanimu,
Sampai ke hujung dunia,
Sampai ke Syurga,
Insha Allah

Adam,
Ingat pesanan saya,
Kamu akan temu bahagia,
Dengar kata ibu dan ayah,
Kejayaan pasti di tanganmu jua.







Alhamdulilah..rezeki tak pernah salah alamat. :D



6 comments: