Friday, February 7, 2025

Hadiah Misteri Siapa ni?

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini Cuya menerima dua parcel. Satu Cuya beli, satu lagi entah daripada siapa tak pasti.

Cuya tengok nama pengirim pon tak dikenali, lepastu Cuya takde menang apa² giveaway setakat ni. Hermmm

Fikir punya fikir, ... Hah! Entah2 hadiah daripada orang shopee yang call haritu. Katanya shopee nak bagi free gift sempena event apa tah. Mungkin ni hadiah shopee untuk Cuya. Tak pernah dapat hadiah daripada shopee, tiba-tiba dia bagi lak.

Sebab takde orang lain yang mesej kata Cuya menang hadiah.


Wahhh dapat office cup!


Eh eh pink! Macam tahu² aje favorite colour Cuya. Alhamdulillah boleh buat minuman dalam ni. Especially coffee laaa


Dalam ni stainless steel, so tak lah mudah berkarat.

Cawan ni comel je dengan warna dia. Alhamdulillah ada yg memberi


Parcel kedua pon baru tiba tadi


Cuya beli dua komik.
Komik Mat Gempak dan Misi 6A
Pastu dapat freegift komik lain.

Alhamdulillah 

Cuya kalau komik sama ada beli dekat Carousell / Facebook.
Sejak dah tahu buku pon boleh beli preloved, maka apa2 buku pon beli preloved. Sebab jauh lebih murah. Kalau buku rare je mahal.


Till then, adios amigos!



Thursday, February 6, 2025

Kisah Aku Dan Nasi Lemak

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebentar tadi Cuya baru sahaja selesai membaca entri salah seorang blogger Fairus Mamat dalam entrinya

Cerita pasal nasi lemak ni menggamit memori Cuya zaman  Cuya Diploma di Politeknik Merlimau Melaka. Cuya sepanjang sem memang sentiasa duduk dalam asrama/ kolej di Poli tu. Sedangkan kawan-kawan Cuya yang lain duduk di luar.

Dalam pada Cuya duduk di asrama, Cuya fikirkan strategi untuk cari duit poket. Cuya pon bisnes. Bisnes ramen ada, maggi ada.... dan paling utama adalah nasi lemak!



Cuya dapatkan stok daripada contact yang kawan Cuya share.  Sebab kawan Cuya pon selama ni amik stok daripada dia.

Jadi Cuya hari-hari menjaja nasi lemak dari pintu ke pintu penghuni asrama dengan bawa troli berisi nasi lemak. Betul-betul macam penjaja! Hahaha

Bila dah ada modal lebih, Cuya upgrade jual Nasi lemak Kerang, Nasi Ayam Rendang, Nasi Lemak telur mata. Wowerr...

Cuya jual nasi lemak bungkus RM1.20 sahaja. Lama2 bila barang naik harga, terpaksa naikkan harga nasi semua tu.

Memang sedap makcik ni masak. Seronok Cuya menjaja makanan.

Sebelum menjaja memang dah dapatkan kebenaran untuk menjual dalam asrama.

Cuya ambil order selalu dengan budak asrama. Ada yang siap save no  Cuya.

Sebab senang, jimat pon jimat. Makanan hantar sampai ke bilik. Alhamdulilah ramai peminat.

Siap ada yang jerit dari jauhh

"AKAK NASI LEMAK! AKAK NASI LEMAK!"

kahkahkah

Diorang jerit sebab nak memanggil nak membeli laa.. Hahaha

Kelakar lak ingat balik kisah ni.

Itulah pengalaman yang tak boleh lupa sampai sekarang.
Rupanya dalam diri memang berdarah bisnes kot macam arwah nenek Cuya. ( Al -Fatihah)


Syukurlah ada pengalaman, sebab Cuya kan muka tak malu. So setakat nak menjaja ni benda kecik je, tayang je muka kat depan orang untuk menjual. Small the pieces orang kata... kekekke  Ceh berlagakkkk

Kenalah show off kita punya pengalaman jual nasi lemak. HAHAHA

Rindunya nak bisnes.. tu yang sekarang ni Cuya bisnes komik :D

till then, adios amigos!





Koleksi Kompilasi Mantap Lawak Kampus

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Sepanjang Cuya blogging selama ni, selalu nampak orang sharing lifestyle, memasak, buku, dan fakta-fakta. Jarang yang berkongsi minat sama macam Cuya iaitu kumpul komik kecuali salah satu blogger yang baru  Cuya jumpa, dalam tahun lepas iaitu Bola Katok. Cuya perasan BK adalah seorang kolektor sama macam Cuya.

Bezanya mungkin Cuya lebih banyak kumpul komik dan makeup, berbanding BK dia suka collect komik dan mainan-mainan yang rare. Pokoknya, apa-apa yang rare dia  memang suka kumpul. Hahaha

Sebab tu juga  Cuya suka berkunjung ke blog BK sebab banyak benda baru yang dia share. Cuya pulak sejenis sukakan benda yang unik dan rare. Maka minat kami berdua sama cuma Cuya jarang la nak update benda rare. Kadangkala.. jarang-jarang.. hehe

Okay tu cite serba sikit tentang blogger BK, korang boleh la berkunjung ke  blog dia.

Sekarang ni Cuya  nak share pasal koleksi Kompilasi Mantap Lawak Kampus yang Cuya beli. 


Dalam 4 buku ni, yang warna merah macam kamus  dewan tu sahaja memang Cuya punya personal buku. Yang lain semua preloved.
Susah nak cari buku tebal ni yang murah. Alhamdulilah Cuya beli murah je.

Tapi kondisinya takdelah seperti baru, nama pon preloved kan. Tapi Cuya tak kisah, janji dapat koleksi sendiri


yang ni  Cuya belum beli. InshaAllah akan datang jika ada rezeki lebih, Cuya akan sambar yang ni untuk lengkapkan koleksi.. Aamin..

Ramai2 doakan semoga seketul Nurnasuha hidupnya senang dunia dan akhirat..  aamin ya Rabb

Moga yang membaca ni pon hidup senang juga!

till then,

adios amigos!




Parcel Giveaway dah sampai!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!



Tahun lepas Cuya ada join giveaway daripada kak Nad, Anak Denesor salah seorang blogger Malaysia.
Cuya join giveaway sebab dijemput sendiri oleh Kak Nad untuk menyertai giveaway ni di IG khas dia.


Alhamdulilah hadiah giveaway dah sampai!



Comel kan kotak dia?


Nampaknya ini adalah permulaan kepada sesuatu yang bagus. Hehe


Tadaaa! Disebabkan giveaway pon skincare, dapat hadiah skincare la.
 
 What's in the box?

Melajuran White Toning Cream
Melajuran Toning Device


Siap ada device guys. Macam menarik untuk dicuba. Btw, produk ni daripada Korea.
Rezeki Cuya la dapat hadiah ni.




Yang ni pulak, kawan Cuya daripada Kedah mai Melaka COD makeup untuk Cuya.

Cuya beli foundation dan eyeliner. First time beli brand cubremi.
Sebab haritu ada jualan warehouse dekat Sg Petani, tu yang member Cuya menjual tu.


Itulah serba sedikit update drpd Cuya...

Kadang-kadang takde idea nak update apa, dalam phone ada banyak gambar lama-lama saja. Patut buat photodump lagi ni


p.s- Cuya masih menanti parcel lain..kuikuikui
Musim shopping dah mai XP





Wednesday, February 5, 2025

Rezeki Harini Ini

Assalamualaikum, Hello Coconuts!



Alhamdulillah rezeki harini saudara Cuya Nek Ndak sedekah bubur pulut hitam. Sedap!
Biasa Cuya tak suka, tapi ni sedap pulakk


Komik preloved Cuya beli dah sampai.
Cuya beli dekat carousell je. Murah pon murah

Korang pernah beli daripada Carousell tak?
Tapi kena hati² membeli barang preloved, takut ada scammer.

Till then,


Adios amigos!

Nota kaki:- Cuya masih tunggu parcel lain Cuya ni. Hehe




Followers