Monday, May 18, 2026

Tealive Durian Coffee

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Hari Jumaat haritu Cuya saja skrol live Shopee. Lepastu masuk la dalam live Tealive. Cuya baru je dapat baucer daripada Shopee untuk beli dalam live.

Lepastu saja tengok bag oren apa ada dalam Tealive tu. Maka kita pon tersangkut beli sekotak kopi tealive.


Yang bestnya cuma dapat harga Rm2 je untuk sekotak! Jauh beza dengan harga asal. Tapi Shopee bagi promo untuk beli sekotak saja la, kalau beli extra harga dia naik sikit.

Jadi Cuya pon order, ibu yang sponsor 🤣 


Maka sampailah sekotak Kopi Durian. Cuya suka kopi dan suka juga durian. Jadi kita nak rasa apa hasil kombinasi dua bahan ni.



Dalam dia ada 6 sachets kopi. Kalau kita bahagikan Rm2 untuk 6 sachets, adalah dalam Rm0.33 sen satu sachet. Okay la kan.. dapat merasa buat air Tealive sendiri kat rumah.


Bila buka je sachet tu, semerbak bau durian. Best sangattt...



Hasil selepas bancuhan kopi durian dilakukan.

Bila rasa, sedapnya! Memang sesuai kombinasi durian dan kopi ni. Sesuailah untuk sesiapa yang minat kopi dan durian sekaliarung.

Kombinasi yang sangat unik dan menyelerakan. Bau pun harum jee...

Boleh repeat lagi ni kalau dapat harga murah. Terima kasih Shopee belanja voucher! 😆


Nota kaki: Baki Giveaway Kerajaan Kelapa berbaki 13 hari lagi! Cepat2 join!

25 comments:

  1. Memang berbaloi sangatlah harga tu.. Boleh cuba kopi durian..

    ReplyDelete
  2. Wow kopi dan durian. Extra kepanasan. Nasib baik buat iced. Berbaloi sgt dapat harga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ya kan...
      Betul sangat berbaloi. Tak pernah2 beli barang online rm2 je

      Delete
  3. Berbaloi tu dapat offer. Peminat kopi & durian jugak cuma macam risau takut pelik je rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kakk... Tak pelik pon. Mesti akak pon akan suka

      Delete
  4. Macam pernah nampak dijual di Tealive dekat rumah, kopi durian ni. Tapi memang berbaloi la beli, murah betul Cuya dapat. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, dapat voucher shopee.. alhamdulilah

      Delete
  5. Wah .guna voucher shopee . Dapat murah. Berbaloi

    ReplyDelete
  6. Anak-anak saya suka minum ni..selalu singah nak beli ..

    ReplyDelete
  7. Sure happy kan dapat beli guna voucher. Suka bila dapat diskaun

    ReplyDelete
  8. murah giler tu
    durian & coffee..x leh imagine la.
    MA x berani sgt combination coffee ni... x berani mencuba gitu

    ReplyDelete
  9. Sedap ke kopi durian tu? 1st time dengar..

    ReplyDelete
  10. Kopi kurang suka tapi durian suka juga cumanya akak lebih suka makan buah durian. Tak suka dalam bentuk yang lain seperti kuih ke aiskrim ke....

    ReplyDelete
  11. Di Indonesia, kopi durian asli itu ada banyak yg jual, yg betul2 dari daging durian asli dan kopinya pun diracik saat dipesan . Tapi 2020, baru ada jenis instan nya. Nah itu ada beberapa brand yg mengeluarkan, tp fav saya memang 1 brand saja. Sebab wangi duriannya betul2 kuat 🤭😄

    ReplyDelete
  12. Pasti sedap buat yang sukakan durian tapi Ai bukan peminat durian. Ni taip perkataan durian pun rasa kembang tekak.. huhuhu.. sedih..

    ReplyDelete
  13. Wah buat sendiri, nikmatnya minum segarkan tekak..

    ReplyDelete
  14. Tak pernah rasa lagi tea live perisa durian ni..

    ReplyDelete
  15. Murahnya. Tapi tak boleh brain rasa durian + kopi ni hehe

    ReplyDelete

Followers