Sunday, May 17, 2026

Lagi 14 Hari Giveaway Kerajaan Kelapa Akan Tamat!

Assalamualaikum Rakyat Kelapa sekalian!

Adapun hari berganti hari, waktu pun berlalu laksana air sungai yang tiada berhenti mengalir, sehingga beta menjadi gundah-gulana dan tiada tenteram bersemayam di singgahsana, dek kerana masih ramai lagi rakyat Kelapa sekalian yang belum lagi mencemar duli menyertai Giveaway Kerajaan Kelapa milik beta ini.

Maka bilakah gerangan kakanda dan adinda sekalian hendak berangkat hadir ke teratak beta, mencuci kaki serta memeriahkan majlis anjuran beta yang serba sederhana ini?

Ayuhlah segera, wahai sekalian rakyat jelata! Sesungguhnya masa itu amat mencemburui kita dan tidak sesekali menanti barang sesaat pun.

Sebelum dedaunan luruh menyembah bumi, sebelum bayu bertiup semakin garang, sebelum badai besar datang melanda negeri… maka segeralah kalian menyertai Giveaway beta ini, sebelum kemurkaan beta turun bersama halilintar dari kayangan!





Kliklah pada gambar yang terpampang di atas itu, nescaya barangsiapa yang patuh akan titah perintah beta ini, maka diberkatilah segala stok kelapa di teratak kalian, tiadalah ia akan susut mahupun kehabisan selagi bulan dan bintang masih beredar di langit nan tinggi.

Malah tempayan santan di dapur kalian akan sentiasa penuh melimpah-ruah, pohon kelapa di halaman akan berbuah tanpa henti, dan rezeki kalian akan datang mencurah-curah umpama ombak memukul pesisir pantai.

Namun andai ada yang sengaja berpaling muka serta enggan menurut titah beta… maka bersedialah kalian menerima bala berupa kelapa tua yang keras tiada bersantan, air kelapa masam lagi tawar, bahkan sudu untuk mengopek kelapa pun ghaib entah ke mana!



Yang Benar,
Permaisuri Cuya Wal Kelapa Adinda Sultan Padil Permaisuri Kerajaan Kelapa Bersekutu.



No comments:

Post a Comment

Followers