Friday, May 1, 2026

Shopping SARA

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini Cuya dengan ayah pergi shopping sedikit barang keperluan dapur menggunakan SARA.

Alhamdulilah dapat bantuan ni, ringan beban. Kalau dulu Cuya sebagai bujang dapat bantuan STR berbentuk duit yang dimasukkan ke dalam akaun bank.

Tapi untuk tahun 2026, STR digantikan berbentuk SARA juga iaitu bantuan ke dalam kad pengenalan.

Tak dapatlah Cuya berbelanja benda bukan- bukan. 😂 Best dulu STR masuk bank sendiri. Agaknya sekarang kerajaan nak kita bantu perniagaan orang Malaysia supaya duit tu rolling dalam negara juga la kot?


Cuya muka happy dapat pakai bag favourite terkini , bag Fuggler la apa lagi.

Ayah kata orang tengok kau nanti diorang gelak. Laaa pulak dah Cuya kisah kann?? 😂 
Kita tak kacau hidup orang pon, lantak la orang nak mengata.

Kalau orang mengata pon, duit dalam bank berkurangan ke? 🤣 
Yang penting kita enjoy!


Salah satu barang yang Cuya beli. Biasa Cuya pakai jenama Kotex, tapi ni Cuya beli Libresse sebab ada free gift. Free gift lagi penting daripada pad tu. HAHAHA 🤣 

Cuya suka Libresse sebab selalu ada free gift. Kadang tu Kotex pon ada free gift tapi sebab tadi Cuya beli kat Speedmart, jadi takde la free giftnya. Kena beli kat Mydin baru ada kot.


Nilah free giftnya, Jeans Pouch. Comel sangat. Nak buat apa pon taktahu. Saja simpan mana tahu berguna atau maybe boleh beri pada anak buah ke kan?

Haritu beli kotex dapat box Capybara. Comel gila. Tapi Cuya tak pakai lagi. Taktahu nak letak mana. Nanti Cuya fikirkan.


Korang dapat tak SARA? Dah shopping barang dapur belum?

SARA Cuya belum terpakai lagi. Nanti boleh shopping la lagi. Takpon simpan je dulu.

Harini blogger macam kesepian agaknya semua sibuk bercuti la tu. Senyap sunyi je. Update macam ada takde jer. View pon tak naik naik.


Till then adios amigos 👋🏻 


Nota kaki: Rakyat Kelapa sekalian dah join belum Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0?

Jangan lupa join!!




9 comments:

  1. Ha ah yek, tuala wanita ni suka bagi free gifts. Akak pun pernah dapat sling bag sekali, beli sebab ada free gift. Hehe.. Alhamdulillah, dapat shopping guna SARA. Semua orang nyongket, bak kata orang Perak. Long weekend, kan.. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dulu Cuya pon ada sling bag tu, dah bagi anak buah tak silap.
      Alhamdulillah rezeki ya dapat shopping guna SARA.
      Ya betul, nyongket yaa hehe.

      Faham sangat semua syok bercuti hehee

      Delete
  2. baru nak baca blog awak amanda pon bukak pintu datang kacau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanda takda kasi chan Dedi nak baca blog Cuya hehe

      Delete
  3. part tuala wanita tu, anak daraku suka beli sebab selalu dapat free gift.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang beli sebab free gift je hehe. Free gift lebih menarik

      Delete
  4. cuti hari pekerja..so pulun betul-betul cuti hehe..

    ReplyDelete

Followers