Saturday, May 2, 2026

Sejak Bila Aku Mula Minat Mekap?

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Tadi Cuya skrol album gambar Cuya di phone. Nampak banyak gambar Cuya bermekap. Jadi tiba-tiba rasa nak share permulaan minat mekap ni.

Sebenarnya Cuya memang minat mekap sejak sekolah rendah. Tapi kita mana ada barangan mekap kan. Curi-curi pakai mekap orang lain ada lahh. Hehe

Lepastu Cuya tak ingat apa barang mekap pertama Cuya. Mungkin lipbalm?
Lepastu ibu dah start belikan powder untuk Cuya pakai sebab nak lindung kulit.

Naik je uni, Cuya dah try beli mekap sikit-sikit. Tu pun mekap murah. Masa tu manalah ada sangat tutorial mekap² ni. Tak hangat macam sekarang.


Sekarang Cuya tahu la basic mekap simple². Kira boleh la mekap daripada takde. Sebab memang minat kan. Lepastu practise sendiri² jela.

Teringin juga nak pergi kelas mekap nak tambah skill, InshaAllah one fine day jika ada rezeki mesti nak join kelas. Saja suka-suka ( bak kata tagline kak notie 😂)


Lepastu bila dah bertambah dewasa ada pendapatan sikit, Cuya menggila beli mekap yang amat dasyat ya. Alhamdulillah la kita tak bazir duit ribu riban tapi tetaplah shopping tahap maksima 🤣.

Tu masa mood asyik tengok live Tiktok, memang zaman shopping teruk r. Alhamdulillah sekarang dah ada kesedaran 😂.
Bahaya betul live TikTok ni, mudah terpengaruh betul Cuya!

Sejak dah tak tengok live mekap,terus Cuya dah tak membeli mekap secara impulsif. Impulsif ni bermakna sesuatu yang kita buat terlalu mengikut emosi. Impulsive buying misalnya.

Sekarang Cuya suka window shopping dan add to cart je . Nanti kalau rasa nak membeli, baru Cuya beli. Kalau tak, tersimpan lah dekat bakul Cuya tu. Tips berguna kalau rasa nak shopping tiba², add to cart dulu. Nanti lama² kita takkan rasa nak membeli pon.

Sama juga kalau di TikTok, Cuya save video dan letak ke album "Product Targeted to buy". Cuya memang dah sediakan album khas tapi bila Cuya tengok album tu balik, takde pon rasa nak membeli. Masa video lalu je rasa macam menarik nak beli, lepastu mood membeli dah hilang. Jadi tips ni bagus untuk sesiapa yang tiba² je rasa nak membeli 

 Tapi sekarang mood nak kumpul coins Shopee sedang naik sebab ada planning nak shopping juga pada masa akan datang. Kita nak jimat banyak sekarang, memilih untuk beli di Shopee pula.

Bila Cuya cakap menggila beli mekap, i mean memang betul² punya Crazy!



Sebahagian mekap collections Cuya. Tapi ada juga dah letgo jual dan bagi orang. Ni namanya impulsif buying. 😂 
Shopping till you drop. 






Cuya jenis yang maximalist, barang Cuya memang selalunya banyak. Sebab tula kena rajin declutter selalu. Tapi Cuya banyak tang mekap jela, benda lain takdela banyak.

Alhamdulillah kalau bab pakaian, takdelah jenis nak shopping tiap bulan. Tudung pon sama selalu orang yang bagi. Jarang beli. Kasut pon pakai sampai rosak. Aksesori pon, boleh la. Bukan pakai sangat pon.

Seluar pon banyak dah koyak, pastu2 jahit balik. Selagi boleh pakai kita pakai.

Tang makan je suka membeli macam-macam. Tu pon beli jajan sikit sikit. Kita takdelah makan makanan mahal atau fomo beli benda trending.

Sekarang ni dah taktahu sangat nak beli apa sebab semua benda cukup. Kalau ada benda nak beli sekarang lebih kepada kemahuan sahaja, bukan keperluan. Keperluan semua cukup Alhamdulillah.

Syukur sebab Allah rezekikan semuanya baik belaka. Tiada yang kurang. Tapi Cuya je kurang bersyukur. Hahaha. Jadi kena belajar bersyukur hari hari atas nikmat yang Allah beri.

Korang ada tak minat certain2 barang yang dijadikan koleksi?


Nota kaki: Jom join giveaway Cuya!!




2 comments:

Followers