Monday, May 11, 2026

Jauh Dari Langkawi!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini parcel Cuya yang Cuya dah tunggu 6 hari akhirnya tiba juga depan rumah.
Parcel jauh daripada Langkawi!

Pasti parcel Cuya dah naik feri datang ke Melaka ni . Hehe...

Apalah yang Cuya beli kalini? Ia sinonim dengan benda femes orang selalu beli di Langkawi. cuba teka apa??


Jeng .. jeng...jenggg...



Coklat!!!

Sampai juga akhirnya ke tangan Cuya.

Bercinta menunggu ibarat menunggu buah hati tak kunjung tiba.
Bikin diri makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah 🤣 



Cuya beli coklat yang memang takde jual kat sini. Yang ni Cadbury Peppermint. Tak pernah Cuya nampak di kedai. Korang pernah jumpa tak?


Daim Snax pon tak nampak ada jual kat pasaran. Mungkin area Kedah ada la kot? Cuya memang pilih coklat yang takde jual barulah berbaloi beli .


Ni pon tak pernah try. Beli sebab rasa peppermint. Cuya memang suka rasa coklat mint ni 


Beryls Mint and Bitter . Ni pon first time rasa. Sedap gakk..



Paling best coklat Celebrations sebab ada mix coklat macam-macam. Menarik kalau korang nak cuba sebab ada pelbagai variasi.


Adalah dalam 7-8 jenis coklat ada.
Ada Maltese, Milky Way , Twix , Mars, Snicker , Bounty dan Galaxy.

Sedap-sedap coklat dia. Semua coklat Cuya dah masuk peti. Alhamdulilah coklat tu sampai takdelah cair sebab dalam dia pon ada macam ice packs nak bagi cool tapi tak banyaklah.

Walaupun amik masa 6 hari nak sampai, akhirnya selamat sampai .

Yang lebih berbaloi ialah Cuya dapat guna 3000 coins untuk pembelian coklat ni!

Maknanya diskaun Rm30 la. Jimat banyak tu. Tak sia- sia kumpul coins beriya.
Max 3000 coins je dapat guna sekali pembelian sehari. Lepastu dah takleh guna coins seharian.

Keesokannya baru boleh beli guna coins.
Harini Cuya belum kumpul coins lagi. Jap lagi lah. Semalam tak sempat habis kumpul coins sebab kita dah letih sangat. Letih apa pon tak tahu ler . Hahaha 

Nota kaki: Korang dah join lom GIVEAWAY Cuya? Klik banner belah kanan blog atas sekali. Kena view Web Version baru nampak banner tu.

2 comments:

  1. Tu dia, less RM30, banyak tu. Bestnya, macam² coklat ada. 😍 Akak tak pernah jumpa cadbury peppermint.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan banyak boleh jimat.
      Tula Cuya pon first time jumpa Cadbury peppermint... Saja nak try nak tahu rasa dia apa.

      Delete

Followers