Sunday, May 3, 2026

Hasil Kumpul Coins Shopee Harini


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Macam biasa Cuya akan rekod proses Cuya kumpul coins Shopee supaya lebih semangat untuk mencapai target nak dapat diskaun pembelian.

Kena shopping sebelum tiba bulan 7 sebab coins Shopee ada expiry date, kecuali coins yang tersimpan dalam akaun live. Selagi kita tak transfer coins daripada akaun live, selagi tu coins tu takde expiry date.


Semalam coins Cuya ada 658. Setelah kumpul harini ada 835. So total coins yang berjaya dikumpul adalah 177 coins.

Nak dibandingkan semalam Cuya dapat kumpul 187 coins sebab ada tonton live yang dapat 10 coins. Kira nasib la.

Kalau Cuya nak kumpul coins lagi kena tengok live 5 minit semata dapat 2 coins . Penatlah kalau gitu kan. Kalau kita buat task biasa 1 minit je dah dapat 3 coins.

So mungkin esok atau lepas 12 tengah malam ni Cuya boleh dapat 1000 coins dan boleh transfer ke My coins akaun utama untuk membeli barang. Cuya ada masa 3 bulan lagi sebelum expiry date.

Ada la barang yang Cuya dah add to cart.
Ada yang makanan, ada juga barangan. Tengah fikir apa barang yang berbaloi untuk dibeli dengan diskaun.

Ikutkan keperluan Cuya semua cukup. Yang Cuya nak beli ni lebih kepada kemahuan sahaja.

Apa lagi yang Cuya perlu ya?

Skincare dah beli.
Tuala wanita dah beli.
Syampu dan conditioner dah ada.
Seluar pon sama.
Baju? Macam takde keperluan lagi.
Kasut? Pakai apa yang ada saja.
Mekap pon dah ada melambak

Betullah, tinggal kemahuan sahaja.
Setakat ni apa kemahuan Cuya?

Makanan (Jajan)
Bag/ handbag
Tudung( Tudung satin/ heavy chiffon)
Buku ( Buku motivasi/Komik)
Sampul duit raya kartun ( nak sebab comel nak buat koleksi untuk raya)

Tu jela setakat ni kemahuan yang ada. Nak kemahuan pergi ke Mekah, tapi macam jauh lagi perjalanannya. Moga dijemput Allah menjadi tetamuNya suatu hari nanti.

Hari2 berdoa semoga dapat pergi ke Mekah dengan cara yang paling mudah. Aamin ya Rabb. Mana tahu tiba- tiba je Allah jemput ke sana ada orang sponsor ke kan?
Takpe berangan is free maaa.

Nothing impossible for Allah. Everything is possible for Him. Percaya je dengan kuasa Allah.


Pagi ni tak ramai update blog la. Cuya dah blogwalking dah. Semua sibuk bercuti lah tu hujung minggu kan.

Nota kaki: Jom join giveaway Cuya!!


6 comments:

  1. byk coin cuya...akak br je redeem aritu so skarang tgh collect balik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni coins kat live. Kalau coins dekat akaun utama lain pula.
      Bagus kak rajin collect, dapat jimat banyak kan

      Delete
  2. Selamat pagi Cuya. Semoga Cuya dan keluarga dijemput menjadi tetamu Allah. 💝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pagii

      Aamin yg Rabb. Terima kasih atas doanya hehe

      Delete
  3. banyak betul koinnya mbak Cuya. Semangat terus!
    Moga semua yang diharapkan tuk dibeli, bisa tercapai yaa! pun begitu juga dengan harapan ke Mekkah. Amiiiin, pasti akan ada jalan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya rabb!

      Terima kasih atas doanya. Hehe

      Delete

Followers