Sunday, April 5, 2026

Open House Di Klang

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Hari Jumaat haritu Cuya tidur ni rumah abang di Merlimau sebab keesokan harinya nak ke Klang ke aqiqah cucu makcik Cuya.




Petang Jumaat tu coklat batu Cuya order dah selamat sampai 2 bungkus. Ni coklat lejen ni.
Memang sedap. Dia chewy. Cuma bila sampai tu dia melekat sebab panas la tu dalam parcel.

Hampir penuh satu balang. Cuya, anak2 buah dengan abang, kak ipar semua makan coklat ni sepanjang perjalanan kami ke Klang.

Kami bertolak awal pagi. Tapi sampai sana adalah jam kejap. Biasalah hari Sabtu kan .


Petang singgah rumah mentua abang. Dapat makan spageti Bolognese. Sedap. Pastu makan asam pedas jugak .


Gambar agak gelap anak buah Cuya yang tangkapkan. Cuya pakai baju lama ibu, kebetulan muat . Hahaha


Kak ipar Cuya di rumah Klang.


Dapat rasa biri biri bakar. Lembut daging dia. Cuya makan macam2 smpai malam tu dah start sakit perut. Hahaha



Anak buah Cuya tidur dalam kereta.


Saja Cuya tangkap gambar dia sebab dia pon tangkap gambar Cuya masa Cuya tidur. Panjang akal. Hahaha


Lepas pergi ke Klang, kami singgah Putrajaya rumah abang no 2 Cuya. Kak ipar Cuya tak pernah datang. Lepas anak 3 orang barulah first time datang.

Anak2 buah Cuya macam terujalah sebab rumah tinggi tingkat 8.



Anak2 buah dgn abang Cuya.


Si kenit tengah exercise dgn pakngah dia.


Lepastu singgah RNR Seremban yg besar tu. First time Cuya ke sini. Sebab anak buah tak tahan nak kencing.

Merasa lah kami ke sini.


Makan kejap. Cuya beli Subway dgn ayam Muiz. Tu pon bawa extra balik.


Besar juga surau dia.


Babysitting anak buah jap.


First time order Coffee Bean ingatkan rasa dia lebih kurang dgn kopi biasa. Rupanya pahit gila. Tapi yang peliknya anak buah Cuya cakap sedap. Memang macam orang tua la dia ni. Hahaha

Last2 Cuya bagi dia habiskan.


Kelakar tagline orang nogori. Ada kedai orang nogori sembilan kat sini 

Maksud ' Bega' tu setahu Cuya bodoh. Hahaha


Nama kedai dia. Entah kenapa nama kodai hijau. Memang serba serbi hijau.

So sekarang Cuya dah selamat sampai di rumah Jasin. Baru balik dari majlis tunang anak buah kak ipar.

Orang lain dah selamat bertunang, Cuya punya turn bila la ek? 😂 

Till then adios amigos 👋🏻 

17 comments:

  1. Pernah juga berenti kat R&R Seremban tu memang luas betul. Macam2 ada.

    ReplyDelete
  2. Ada sekali singgah R&R Seremban, tidak silap tahu lepas. Memang besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Cuya first time singgah. Rezeki alhamdulilah

      Delete
  3. Dua tiga kali baca nak bagi faham huhuhuu.. bega tu apa eh hihii.. 😅

    ReplyDelete
  4. wahhh sakan tu beraya dan jln2 ;) MZ ptg semlm sempat jugak gi mkn2 open house raya kat rumah kwn mr hubby..mkn nasi dagang lauk ikan tongkol!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah seronok jalan2 walaupun penat. Yang penting makan sedap! Hehe

      Delete
  5. Dari Melaka ke Klang
    Singgah sebentar di Putrajaya
    Hari ini orang bertunang
    Tahun depan giliran Cuya 🫰🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi! Aamin ya rabb

      Hehehe terima kasih atas doanya kikiki

      Delete
  6. Seronok beraya sampai ke Klang

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya cuya...bega tu maksudnya DEGIL...bukan bodoh...hehehehe

    ReplyDelete

Followers