Haritu keluar serba biru dengan baju batik zaman diploma. Masih muat pakai, adakah maksudnya Cuya kurus???? HAHAHAH
Beli gula- gula Uno Chew di Ecoshop. Sedap gula ni macam sugus tapi versi lebar dan panjang.
Ni makan burger dengan hotdog masak guna air fryer. Bila masak air fryer sosej tu kembang betul.
Bahan masakan spageti di rumah Cuya beli untuk kawan2 Cuya datang. Disebabkan kawan yang datang, Cuya la kena keluar modal. Kita nak jamu kawan-kawan air tangan kita yang mahal 😂. Orang lain datang ibu yang sediakan makan, member yang datang Cuya yang sediakan.
Kesianlak ibu kang terpaksa belanja untuk member Cuya, jadi biar Cuya yang keluar duit. Setahun tak sekali member datang.
Photos bersama Amira . Dia memang dah 3 tahun berturut2 datang raya. Rumah dia dahlah jauh. Sebab tu Cuya sanggup masak spageti yang dia request. Kesianlak dia kempunan kan. Kita turutkan ajer sebab dia suka spageti Cuya masak.
Biasa sini jela port kami posing. Tak kat bunga, mesti kat tangga.
Baju ni bagi slimming effect kan. Hahaha 😂
Eh jodoh lalu ke tu? 😂
Sambal kak Notie bagi, memang sedap. Semua sedap. Yang sambal mushroom tu masa mula2 makan tu macam rasa dia unik sebab tak pernah rasa lagi sambal cendawan. Makin lama makin sedaplak rasa dia.
Sambal udang rasa belacan dia kuat tapi tetap lah sedap.
Sambil bilis kurang rasa belacan. Pokoknya semua sedap! alhamdulilah...
Zaman kerja mystep dekat Mini Asean Ayer Keroh. Warna baju ni menyerlah gila kan! Cuya suka baju ni tapi ibu tak bagi Cuya pakai kalau gi jalan-jalan. Dia kata sesuai untuk kerja ofis je.
Habis tu baju tu tergantung je dalam almari. Kalau Cuya, pakai ajer ler kalau nak ke mana sebab baju lawa kot. Sayang betul..
Main cak cak dekat pokok. Dekat Mini Asean memang banyak pokok. Hehe
Ni masa jadi Ranger dekat Malaysia Heritage Studios. Rindunya! Seronok jadi Ranger kat sana tapi tula, macam-macam benda jadi.
Semua tu pengalaman yang takleh lupa.
Bersama keluarga kecil Cuya 😘
Selfie masa rumah kahwin kawan diploma, Kak Lin. Sebelah Cuya tu kawan diploma Cuya Kakwawa. Dia classmate Cuya.
Schoolmate Cuya yang baik sampai sekarang. Alhamdulilah rezeki jodoh panjang. Masa ni Cuya bagi dia satu pallet makeup untuk dia. Dia terkejut sebab pallet tu besar. Cuya kata amik jela aku melambak pallet kat rumah 😂
Sekian sahaja photodumps saya
Hah tunggu apa lagi?? Haaaa tepukkk laa sikitttt 🤣 🤣
Till then, adios amigos 👋🏻

Baju warna fuschia tu cantik, sayang kalau tak pakai selalu 🤭
ReplyDeleteBetul, sayang gila tak pakai kan.
DeleteTapi ibu tak bagi pakai lak.. adehhh 😂
Kata tak sesuai la itula ini lah.
What to sayyy