Friday, March 20, 2026

Dapat Parcel Misteri

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini entah tiba2 datang dua parcel dihantar ke rumah Cuya. Sedangkan Cuya takde beli barang pon daripada shopee.

Cuya pon pelik. Siapa pulak yang hantar barang ni?


Parcel pertama berupakan handbag putih mutiara. Ada alamat pemberi, tapi takde nama. Terkejut Cuya. Siapalah agaknya pemberi bag ni? Mesti dia kenal Cuya sebab tahu Cuya ni perempuan.

Kalau sesiapa ada hantar sila munculkan diri ya.


Parcel kedua ni pula hadiah daripada Ajinomoto Malaysia. Ni mungkin dulu Cuya pernah daftar ajinomoto kot? Entah tak ingat.

Banyak lak tu dia bagi perencah nasi goreng.

Alhamdulilah segala pujian bagi Allah atas setiap rezeki yang Dia kurniakan.

Kadang2 kita ni takde pon minta kat Allah, tapi Allah tetap nak bagi. Betul lah apa yang Cuya belajar.

Rezeki tu datang dengan pelbagai cara.
Satu dengan usaha, satu memang rezeki tu Allah nak beri.

Sesungguhnya inilah rezeki Allah berikan yang tiada habis habisnya.


Till then, adios amigos 👋🏻 


23 comments:

  1. Alhamdulillah dah sampai. Ni package barang nak gembira kan cuya. Order sama hari dgn sambal tapi seller lambat hantar. Ada 1 lagi lepas raya. Bukan alien ya tapi dari akak. Semuga cuya gembira Di hari raya nanti. Maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah kak...
      Terima kasih banyak2.. tak terbalas kebaikan akak. Moga Allah sentiasa memudahkan urusan akak dunia akhirat. Dan moga luas lagi rezeki akak. Banyak sangat ni... 😭

      Delete
  2. Bestnya dapat hadiah. Rezeki Cuya. Semoga pemberi tu dikurniakan rezeki melimpah ruah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah mewah rezeki utk Cuya.
    Pengirim dah munculkan diri tu. Memang pemurah orangnya ☺️

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. rezeki.. semoga Cuya gembira dan bahagia selalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah segala pujian bagi Allah. Aamin

      Delete
  5. Yg beg tu cantiknya!
    Rasa tak sedap hati pulak nak terima, selagi tak tahu siapa pemberinya kan. Kita ni nak ucap terima kasih. Semoga pemberi memunculkan diri.

    Apapin alhamdulillah, rezeki cuya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah rezeki yang tidak dijangkakan

      Delete
  6. alololo.. comelnya handbag tu.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Murah rezeki Cuya..
    meriahlah nanti menu nasi goreng Cuya..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...Rezeki Sungguh!!! Semoga dilimpahkan rezeki buat yg memberi....

    ReplyDelete
  9. Cantiknya beg bentuk kerang tu..kak notie, nanti share la link..hihihi

    ReplyDelete
  10. Fuhh ajimoto pun bgi hadiah.. mmg hebat la cuya ... Alhamdulillah rezeki bertimpa timpa selepas dpt hadiah dari rakan blogger ☺️👍🏻

    ReplyDelete
  11. Kalau dah rezeki, tak ke mana. Ke rumah Cuya lah perginya. 😂

    ReplyDelete

Followers