Sunday, March 29, 2026

Kunjungan Raya

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Entah sudah raya ke berapa ni tapi Cuya pasti masih ramai yang beraya kan?

Alhamdulilah masih ada yang sudi mengunjungi kami di hari raya. Mereka tak ramai, tapi tetap ada.

Mana yang ada lah Cuya post. Kawan Cuya pon berura- ura nak singgah rumah minggu ni. Inshallah. Jika ada rezeki dan umur yang panjang nanti kami pasti akan berjumpa.


Bersama sepupu Cuya yang biru tu, Aisyah
 Dan yang tengah tu sepupu Aisyah, Amirah.
Berpupu pupu la kami ya.

Setiap tahun tak miss datang. Masheh datanggg
Ni dua2 sepupu Cuya. Aisyah dan Zalik bersama anak dia. Mereka berdua ni adik beradik. Dua je siblings.


Aisyah bagi Cuya setin kuih kapit. Sedappp

Pastu dia bagi 2 sachets kopi, ni pon sangat sedapp.


Kapit dia nipis dan lembut.



Ni Cuya nak buat spageti carbonara untuk kawan Cuya yang tak miss datang rumah selama 3 tahun berturut2.

Ada sosej, daging burger dan isi ayam.


Bawang Holland dan bawang putih sikit.


Lobak merah.


Sos prego carbonara 
Champignons mushroom
Mushroom campbells
Maggi kiub ayam
Cheesedale
Black pepper
Daun parsley


Susu dutch lady full cream. Cuya pakai satu kotak besar sebab nak pakai banyak kuah.


Ni daun parsley. Beza dgn tahun lepas adalah mushrooms Campbell's dgn champignon mushroom serta kiub ayam.



Goreng bawang dulu, baru masukkan isi ayam, sosej serta daging burger.


Rebus mee 2 minute. Cuya pakai angel hair.

Alhamdulilah Amirah cakap sedap walaupun ada penambahan resipi. Anak2 buah Cuya lepastu ada datang rumah. Diorang pon sempat merasa. Semua cakap sedap. Tapi kesianlah sebab tak cukup, jadi abang kenalah beli makanan dari luar.



Nilah Amirah. Geng mystep Cuya dulu. Dia nilah yang rajin datang waktu raya. Alhamdulilah masih keep in touch walaupun tak selalu jumpa.


Baju raya kedua Cuya. Pakai semata nak bergambar jer. Hehe . Nilah baju beli kat Muaz haritu. Dekat dengan Sogo KL.

Tapi ketat betul kain dia. Kain duyung ke apa tah. Adehhh... Moga Cuya tak gemuk lagi. Kena diet ni!



Bergambar di tangga ni adalah wajib ya. Takde port bergambar lain. Hahahah 

Gadis Melaka dan gadis Tampin beraksi. Hehe


Tengah buat jurus Naruto ke tu? 😂 


Port lain untuk bergambar berlatarkan pokok bunga kertas dan alamanda.


Selfie dekat2. Kita sempat mekap tipis2 aja.


Hari jumaat haritu pergi open house sahabat baik, Huda di Taman Maju. Alhamdulilah makanan semua sedap2. Dapat merasa air tangan Huda.

Dapat jugak rasa kek yang biasa Huda buat tempahan tu. Rezeki...


Beginilah keadaan petang di rumah Huda, tak ramai sebab Cuya datang hujung2. Alhamdulilah 

Semalam pon kawan Cuya buat open house tapi Cuya tak dapat pergi sebab takde transport. Bukan rezeki Cuya dapat jumpa kawan Cuya lagi sorang tu.

So Cuya harap minggu ni kawan2 diploma Cuya dapat datang ke rumah. Cuya pon dah siapkan bahan masakan Cuya semalam dah shopping sakan.

Alhamdulilah 


Korang ada buat open house ke tu?
Masih sibuk beraya?

Till then, adios amigos 👋🏻 

1 comment:

Followers