Saturday, May 3, 2025

Menang Giveaway Blogger Tot dan Photodumps


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Beberapa hari lepas Blogger Tot ada tinggalkan komen yang menyatakan Cuya menang giveaway dia. Tak sangka betul boleh bertuah. Alhamdulillah...

Boleh baca entri pengumuman DISINI

Dan Cuya dah selamat terima hadiah.




Banyak betul benih bunga matahari Cuya dapat.

Alkisahnya, Cuya minta pasu dengan Busu Cuya. Dia tanya nak buat apa, Cuya cakap nak tanam bunga.

Busu macamm BIAR BETUL?

HAHAHA Mesti tak jangka Cuya nak menanam.
Yalah, angin takde ribut takde..tetiber je nak menanam pokok. Buang tebiat ke.. 🤣 

Bila nak tanam tu tak sure lagi. Moga ada semangat yaa. Sebab Cuya tak pernah bercucuk tanam ni, taktahu tangan ni menjadi ke tak. Hehehe

Busu bawa pergi sarapan dengan Makteh and Makcik Maryam di Kantin JKR Jasin


Cuya bedal roti planta dgn roti bawang 
Lapar teroks sampai terkejut ler makcik kita.

Ala takat roti, memang la boleh bedal dua. Kalau nasi memang tak ler


Haritu beli burger Jasin. Cuya beli ayam crispy



Sambil tu beli sushi gak. Sejak kedai jasin dah ada sushi, tu selalu beli

Okay tu saja photodumps
Nanti Cuya up lagi 

Adios Amigos!

20 comments:

  1. Setakat roti canai kan.. Boleh je nak bedal sampai 2 keping

    ReplyDelete
  2. Tahniah cuya ...rezeki menang GA tot ..tak sabar nak tengok pokok matahari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihhhh. Moga2 ad semangat untuk tanam pokok bunga hehe

      Delete
  3. Tahniah Cuya... Ala, pepagi baca cerita awak tetiba rasa macam nak makan roti canai plak... laparrrrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... Hahaha silap timing baca blog Cuya

      Delete
  4. Tahniah cuya! Nanti Cuya sharelah bila matahari dah berkembang mekar. Mesti cantik kan? Selamat hujung minggu cuya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! InshaAllah moga berkesempatan untuk menanam bunga hehe

      Delete
  5. alhamdulillah...
    tahniah tahniah!

    ReplyDelete
  6. Semoga datanglah semangat bercucuk-tanam pada Cuya. Hihi... Insya-Allah, takde istilah tangan panas, tangan sejuk, semua orang boleh menanam. :)
    Burger ayam crispy memang sedap. Akak pun suka.

    ReplyDelete
  7. Tahniah cuya menang GA. Nanti bunga matahari dah keluar jangan lupa rojer rojer ye. Huhuuu

    ReplyDelete
  8. Tahniah cuya! Nnti share lah perkembangan bunga tu kalau menjadi! Kita paling suka sunflower, tpi tktau jugak cmne nak jaga haha

    ReplyDelete
  9. Kalo tumbuh bunga mataharinya tulis di blog ya Cuya. Semogalah bisa subur di tangan Cuya 😄👍. Kalo burger macam tuh saya juga bisa habis 2. Tp kalo burger yg memang tebal macam di US, atau Europe, tak habis memang 🤣🤣

    ReplyDelete

Followers