Sunday, April 27, 2025

Kursus Perkahwinan Parlimen Jasin


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Penat Cuya harini sebab Cuya baru sahaja selesai menghadiri kursus perkahwinan di Merlimau, di masjid berhadapan dengan Poli Merlimau.

Sepanjang kursus ni Cuya duduk di rumah abang no 3 di Merlimau. Kursus diadakan selama 2 hari iaitu 26 dan 27 April 2025. Alhamdulillah kursus ni percuma sahaja untuk orang Melaka. Sape cepat dia dapat la. Mana yang luar Melaka tu kenalah bayar Rm118.



Dah ready nak gi umah abang ibu dan ayah hantar Cuya
Meja pendaftaran hari pertama kursus kahwin


Anak buah Cuya sibuk nak ikut menghantar Cuya


Pendaftaran peserta

Kursus dibuat di ruang solat tingkat atas.

Nota kursus yang diberi urusetia


Promosi untuk orang kahwin



Selfie hari pertama masa dah balik. Lama tunggu abang nak jemput.



Malam pula ada sesi perkenalan abang dan jiran tetangga.Cuya join sekaki



Antara makanan terhidang. Cuya banyak makan sandwich je sebab sedap



Muka senyum dah dapat sijil kursus kahwin.. muehehe

Singgah tealive jap


Selfie dengan Ucop




 Beli mac carbonara




Masa ni dapat sijil acah2 daripada YB Dr Muhammad Akmal 

Beliau adalah ahli politik dan doktor perubatan yang dilantik sebagai EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan sejak 2023.



Masa ni Cuya tak familiar dengan beliau, tapi Cuya tengok asal ler ramai amik video, amik gambar dia. Cuya pon tanya orang sebelah. Rupanya orang berpangkat besar. Tup2, nama Cuya antara yang dipanggil untuk terima sijil. Kelakar jerr

Dah dapat sijil pastu kena pulangkan balik sebab balik baru dia bagi semula.


So sepanjang kursus ni banyak la benda Cuya belajar dari segi kewangan, syarat2 nikah, tanggungjawab suami isteri, walimatul urus dan macam-macam.

Alhamdulillah selesai sudah kursus ni. Syukur...

Tapi sijil ni tahan 10 tahun jer. Moga berjodoh dengan orang yang tepat. 


P.s - Dengan jimmy takleh ke ek? Hohoho 😂 😂 

Moga hati seketul Nasuha jatuh hati dengan orang yang sememangnya layak untuk saya cintai. Aaminn

34 comments:

  1. Scroll atas, scroll bawah, scroll atas, cari foto bakal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde dlm ni.. ada dalam hati dan doa Cuyaa 😂

      Delete
  2. Dah tak lama lagi lah tu.. Bila nak rasa makan nasi minyak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabb...cuma mampu mengaminkan doa encik hehe

      Delete
  3. waaahhh FREE utk org melaka ye? bestnyaaaaa! tp valid 10 tahun je ye? moga Cuya dipertemukan dgn insan yg tepat aminnnnnn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabb terima kasih atas doanya
      Dalam masa 10 tahun kena kahwin hahaha

      Delete
  4. Alhamdulillah one step closer :p
    Dr Akmal tu tu seantero Malaya kenal dia Cuya...

    ReplyDelete
  5. Wah, Cuya sudah pergi kursus. Senang la, gitu.
    Akak dulu, masa nak nikah baru terhegeh-hegeh cari kursus kahwin. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda free, tu yg join.. Alhamdulillah rezeki

      Delete
    2. Cuya menang giveaway akak! :D
      https://hiduptot.blogspot.com/2025/04/pemenang-giveaway-pertama-tots-blog.html

      Delete
  6. Semoga berjodoh dgn yang baik2 & memahami..Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabb terima kasih atas doanyaa :)

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. eh dekat sgt dgn tempat kerja my asben, poli tu memang lalu-lalu je jika nak balik rumah. hahaaa... leh la kita jumpa bila i ke Melaka nnt. dekat nau. jemput kita tau, kenduri kawen nnt.
    akak pergi kursus kawen dgn boifren masa study. bernikah betul dengan lovehatefriend bukan boifren. muahaahaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa jodoh kita tak dijangka kan
      Harini kita nak orang tu, tapi dia jodoh dengan orang lain

      Haritu org tu tolak kita, sekali dia yang berjodoh dgn kitaa hehehe

      Delete
    2. Tulaa jodoh kita tak dijangka kan
      Harini kita nak orang tu, tapi dia jodoh dengan orang lain

      Haritu org tu tolak kita, sekali dia yang berjodoh dgn kitaa hehehe

      Delete
  9. Moga Cuya dapat jodoh yang tepat Allah kirimkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabbal.. terima kasih atas doanya

      Delete
  10. Nampaknya kena cepat-cepat cari pasangan tu dalam masa 10 tahun ni. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula tu.. harap pilihan hati nanti dah terbuka hati untuk kahwin dgn Cuya.Aamin hehe

      Delete
  11. Insyaa Allah tak lama dah ni. Moga dikurniakan jodoh yang terbaik dunia akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabb. Terima kasih kak 😊

      Delete
  12. Semoga jodoh Cuya adalah yang terbaik buat Cuya...
    Mana nak tau.... jodoh tu ada kursus sekali 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga jodoh yg terbaik hadir untuk saya aamin ya Rabbal Alamin

      Delete
  13. Tak lama lah tu
    InsyaAllah ada jodoh

    ReplyDelete
  14. Aiiiih ada kursus pernikahan di sana yaaa? Baguuus juga tuh. Rasanya saya tak pernah dengar ada kursus begitu di sini 😅😅. Padahal bagus bisa belajar ttg segala hal ttg kehidupan pernikahan .

    Aaamiiin untuk Cuya, semoga nanti ketemu jodoh yg memang terbaik buat Cuya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya disini syarat sebelum kahwin perlu hadir kursus nikah. Pendedahan awal sebelum kahwin

      Aamin ya Rabbal Alamin.
      Mudah-mudahan 😊

      Delete
  15. tahniah cuya! moga cepat2 jumpa mr right..aamiin

    ReplyDelete
  16. Ramai juga peserta yang attend kursus kahwin ..
    Sandwich tu nampak sedap laaa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai 100+

      Ya sandwich sedap sangat hehe

      Delete
  17. Oh saya ingat sijil dia seumur hidup.. ada tempoh ek. Nasib cuya dpt free jeee

    ReplyDelete

Followers