Saturday, April 19, 2025

Menziarahi Sahabat Lama

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini Cuya pergi ziarah keluarga sahabat lama Cuya sebab ibu dia jatuh sakit sebelum ni. Ibu dia jatuh sakit dah 2 tahun lebih tapi baru sekarang Cuya dapat ziarah sebab kekangan masa.

Cuya kan sibuk dengan intern dan kerja, ayah pula sibuk jaga mak dia di kampung jadi takde masa nak melawat orang lain.

Daripada ibu kawan Cuya ni koma, sampai lah sekarang dia dah sedar baru la Cuya lawat. Lama gilaaa hahhaah

Kawan Cuya nama dia Liza. Tu yang dia tanya busy betul ya Cuya sampai sekarang baru nak melawat ibu dia.

Cuya cakap la , ingat kau sorang je busy, aku pon busy . Hahahaah


Mak Liza dia tak leh bergerak sebab dah beberapa kali operation. Sekarang bed ridden la.

Alhamdulillah Allah panjangkan umur mak liza. Cuya panggil mak Liza ,Ibu. Macam ibu sendiri hehe

Nak pergi rumah Liza memang jauh sebab dia dekat Melaka Tengah, Cuya Jasin.

Alhamdulillah selamat sampai


Ibu suka pegang2 tangan dan usik orang.
Cuma ibu tak bercakap harini. Dia diam dan angguk sahaja.
Sesekali dia pegang muka Cuya.

Entah apalah yang ibu fikir ya.

Ni la Liza. Kawan baik Cuya sejak Cuya di Politeknik.

Geng gosip, geng kecam orang hahaahhaa

Dia ni kasar orang Melaka tapi hati banyak baik. Pemurahlak tu.

Siap sapot bisnes komik Cuya. Habis semua dia borong lawak kampus.

Tadi pon Cuya bawakkan dia set mekap untuk dia pakai dgn adik beradik. Kebetulan adik bradik dia pon minat mekap. Liza jela jarang mekap tapi Cuya bagi je sebab Cuya banyak mekap kan.




Liza kata Cuya nampak sama je dari dulu.
Nampak gayanya akan datang kena diet hardcore baru bole nampak kurus depan liza. Hahahaa

Liza dah berjaya kuruskan diri sejak jaga ibu ni.
Kembanglah liza kita cakap camni 😂 



Dialah geng, dia la roomate, dialah yg tido sekatil sebab takut ada histeria dekat kamsis ( kampung siswa siswi)

Adoi macam2 benda lawak jadi.

Dulu dia lah tukang bawa makanan macam2. Dialah yg belanja itu ini untuk Cuya. Dialah otak bisnes minded.

Dengan tagline diaa
" Wei Cuya , aku terpikirrrr"


Hahaaha memang close la kitaorg walaupun jarang jumpa dan borak.
Dia jauh tapi dia tetap ada.

Aku doakan kau bahagia dunia akhirat dan kau sentiasa dalam doa aku. InshaAllah 

All the best liza untuk hidup ko. Moga Allah pelihara persahabatan kita.Aamin...


34 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan Mak Liza.

    ReplyDelete
  2. Semoga persahabatan korang berkekalan sampai bila2 & semoga dipermudahkan urusan ibu Liza.

    ReplyDelete
  3. Shafahallah utk mak liza..
    Cute jer tagline kwn cuya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihh
      Ya dia suka bgi tagline gituu tiap kali ad persoalan hahaha

      Delete
  4. syafakillah untuk mak liza...
    sayu pula bila tengok keadaan macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... Ya, kesian mak dia jauh beza dgn dulu

      Delete
    2. setakat ni macam mana keadaannya? ada apa2 perubahan ke?

      Delete
    3. Ada...dia dah tak sama macam dulu sebab operate otak, sebab tu dah lain.
      Dah tak bercakap sangat, mungkin dah tak ingat sangat

      Delete
  5. Alhamdulillah kawan Cuya ini ceria sahaja walaupun ditimpa ujian. Moga Cuya selalu sokong bagi semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah InshaAllah Liza kuat menghadapinya.
      Cuya sentiasa sapott

      Delete
  6. Alhamdulillah ibu liza makin membaik. Asalkan dah datang melawat kan :D

    Lepas habis belajar masing2 bawak haluan sndiri. Tk selalu jumpa, tapi kita still ingat kawan lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya dialah kawan baik yang masih setia berkawan dgn Cuya
      Kawan baik Cuya tak ramai..dia jauh tapi tetap ada

      Delete
  7. Baik cuya datang ziarah... Buat dia happy pun ubat juga.

    Ehem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Alhamdulillah

      Sudah lawat uncle! Hehe tahniah2

      Delete
  8. moga dipermudahkan urusan Liza jaga ibu.. bff Cuya lah ni hehehe

    ReplyDelete
  9. Kalau ada kawan yang baik dengan kita peganglah sampai bila2. Susah nak ada kawan time susah senang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah moga kekal tali persahabatan kami

      Delete
  10. Bagus Cuya. Masih utuh persahabatan walaupun jarang jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur dikurniakan sahabat baik

      Delete
  11. Semoga terus kekal persahabatan Cuya dan Liza. Bagus Cuya, ziarah kawan, mesti dia happy.

    ReplyDelete
  12. Moga cepat sembuh buat ibu Liza dan dipermudah kan semua urusan Liza.

    ReplyDelete
  13. semoga ibu Liza diberi kesembuhan, dan liza pun diberi kesabaran dan ketabahan menjaga ibunya...
    tapi kan Cuya...mana de jauh Jasin ngan Melaka Tengah tu...nampak nau kelentong.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...
      Hahahah jauh sebab Cuya ikut jalan jauh haritu
      Nak dekat sejam jugak la baru sampai 😂
      Pakai waze punya pasal hehehe

      Delete
  14. Kelmarin bru balik wad alhamdulillah umi ok dh sikit

    ReplyDelete
  15. Eh macam seiras cuya dengan Liza nih... Miriiiip lah 😄👍.

    Nampak ceria anaknya yaaa. Macam Cuya juga yg easy going karakternya. Semoga ibu Liza nih bisa cepat pulih kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seiras mungkin karna rapat dri dulu Hehe
      Namanya pon teman baik

      Ya orangnya ceria juga cuma Cuya jauh lebih ceriaa..Liza jadi tukang gelak saja
      Hahahaah

      Delete
  16. Semoga persahabatan cuya dan kawan cuya berkekalan . Semoga mak liza serta mak cuya pun cepat² sihat .

    ReplyDelete

Followers