Followers

Tuesday, January 2, 2024

Tengah Convert Matawang Luarnegara Nak Beli Cikedis

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Apa khabar rakyat kelapa ku sekalian? Kikiki
Pada hari yang penuh kelapa ini, Cuya sebagai permaisuri kerajaan kelapa nak berkongsikan kegembiraan Cuya yang sedang sibuk mengira matawang koleksi Cuya.

Prosesnya mengambil masa sebab Cuya perlu mengenal pasti nama matawang daripada luarnegara. Sambil mengira, sambil belajar berkenaan matawang negara luar. Saja nak tahu berapa nilai matawang yang Cuya ada sebagai penyimpanan di masa akan datang untuk membeli cikedis aka jajan buat rakyat kelapa Cuya.

Sebahagian daripada syiling luarnegara 

1 pound tu memang tinggi nilai dia. RM5 lebih .
Cuma tak boleh tukar ke RM dah kalau syiling, taktahu la kenapa tak boleh.
Duit kertas je boleh.

Gigihlah tulis satu2 currency diorang ni.


Singapore dollar ni yang banyak menyumbang kepada total duit ni.



Cuya haritu dah kira dah jumlah duit kertas kalau convert ke RM.
Adalah dalam RM400++

Syiling jer tak kira sebab banyak sangat, tu malas nak kira.

Cuya rasa Cuya belum ada rasa nak convert duit ni, sekarang ni sekadar nak mengira nilainya sahaja.

Azam tahun baru Cuya:

Dapat kumpul lebih banyak matawang negara luar!





38 comments:

  1. slmt thn baru 2024 cuya. semoga bertambah collection nya

    ReplyDelete
  2. Nak tukar duit ke? Hehe ingat buat koleksi simpan.

    ReplyDelete
  3. Perghh banyaknya koleksi..mmg rare la awk ni nasuha😎

    ReplyDelete
  4. wah, teringat pulak zaman dulu kala masa kumpul setem. camni la gaya gigihnya belek setiap mukasurat sebab nak susun, tapi takde kira balik sebab setem je pun bukan duit haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pon Cuya suka kumpul setem, tapi dah takde stem dah sekarang kat surat

      Delete
  5. bagus cuya...kak linda cuma simpan duit lama negara sendri je..hihihi...tu pun syiling rm1 dah hilang ke mana ntah...sayang betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah syiling rm1 pon saya dah hilang.. adehh

      Delete
  6. kak ada lebihan duit baht ritu ade la dlm 200baht xtau nk beli apa da, klu tau ritu hbs kn terus je kat thailand hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe nanti pergi Thailand belanja lagi ya... Heheh

      Delete
  7. Selamat tahun baru 2024 ya Mbak.
    Wah, Mbak rupanya kolektor mata uang dari berbagai negara ya.
    Moga tambah banyak dan bernilai koleksinya.

    Salam,

    ReplyDelete
  8. simpan banyak2 cuya.. nti senang nk beli cekedis.. bg kat akak sikit..

    ReplyDelete
  9. syiling tu boleh simpan
    mana tau nanti nak naik public transport kat singapore, sng nk guna sbb ada duit kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh sana pakai duit syiling eh... syiling singapore tak banyak pulak kak..heheh

      Delete
  10. Banyak juga tu, Cuya. Sampai RM400 lebih. Semoga dapat kumpul lebih banyak matawang luar negara. :)

    ReplyDelete
  11. Banyak juga tu hasilnya, kalau duit dari negara yang tinggi nilai matawangnya berbaloi simpan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya berbaloi..cuma Cuya banyak yg nilai mata kecil je.. hehe

      Delete
  12. Replies
    1. Alhamdulilah...ni masih sikit, ada org lgi bnyk kumpul

      Delete
  13. Oh! ini negara kelapa ke hahahaaa...
    Old money collector ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya. Selamat datang ke Kerajaan Kelapa.. heehe
      yup! Old money collector..saya la yg scam org tu..HAHA

      Delete
  14. nona 🧓🏼(tok) zaty pun suka kumpul duit-duit dari luar negara ni. she loves to travel since she was very young so banyak yang dia collect! hobi yang classy tau macam ni heheheh. semoga bertambah collections nyaa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bestnya...Cuya jarang travel luar negara, jadi memohon ehsan orang sekeliling untuk sumbang matawang luarnegara.. hehehhe Aamin, terima kasih zaty!

      Delete
  15. wow wow wow... byk dh tu cuya... semoga bertambah koleksi tahun ni

    ReplyDelete
  16. bagus tulis mcm tu so kita tau la kan... wah..banyak dah koleksi dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..bosan2, tu cari nilai matawang tu.. saja nak tahu

      Delete